Tuesday, October 02, 2007
BULAN BERBISIK - Samsiah Mohd Nor

Sinopsis di belakang novel:

Andai malam bisa merisik, pasti purnama akan berbisik. Berbisik tentang cinta... tentang derita... tentang madu... tentang hempedu. Menikmati keindahan purnama di sebalik jendela, Khadijah sedar bualan ciptaanNYA penuh rahsia, bagai mengungkap rahsia dirinya. Bila rasa ngilu kian terasa, dia mengembara mencari diri.

Kusedari... betapa semala ini aku tertipu dengan bayang-bayang mentari, sedangkan rembulan sudah lama menghuni. Kuakui... mengujiku adalah mainanMU. Memberi juga adalah limpah kurniaMU. Mengambil juga adalah hakMU. Justeru, aku kian berani menempuh realiti ini.

Lalu, Khadijah mencai Aima. Mahu dilamarnya. Namun di mana? Aima Adawiyah mencari satu pengabadian tapi dia bertermu cinta. Cinta yang pernah dihumban jauh dari hidupnya. Hatinya menjadi celaru, langit jiwanya berubah biru.

Di persimpangan. Khadijah dan Aima bertemu. Kedua-duanya mengusung makna cinta yang ketara berbeza.

Ujar Khadijah... Jangan kau menangis, perempuan... kerana lara itu. Menangislah kerana DIA yang telah menciptamu.

Akur Aima... Aku menangis kerana lanjurku. Yang kucari cinta bermata tapi sayangnya bertemu cinta nan buta.

BULAN BERBISIK... sebuah cerita mencari diri yang hilang...

Sinopsis yang kupetik dari laman web Alaf 21

Komen aku:

Aku tidak perlu mengulas akan jalan cerita novel ini kerana sinopsisnya telah aku paparkan di atas. Kala aku membaca novel ini, perasaan aku terbuai dengan lenggok bahasa yang dikarang begitu indah sehinggakan aku berasa seolah-olah berada di awangan... Memang payah untuk kita perolehi novel yang sebegini pada masa ini.... Namun aku percaya, hanya pembaca-pembaca yang seangkatan denganku yang suka dengan novel yang begini. Pembaca perlu mengambil masa untuk menghayati dan memahami bahasa-bahasa puitisnya... Bukan apa, pembaca-pembaca muda sekarang ini aku lihat lebih cenderung kepada novel-novel cinta yang punya bahasa yang ringkas dan bersahaja untuk bacaan santai mereka... Itu sebab kadang-kadang, novel-novel begini agak sukar dijangka sambutannya di kalangan peminat-peminat novel Melayu. Walaupun begitu, aku begitu kagum dengan cara SMN membangunkan watak Khadijah dalam novel ini. Aku sendiri pun tidak boleh menjadi sesabar dan setabah Khadijah dalam meladeni kehidupannya bersama suami dan juga mereka-mereka di sekelilingnya. Syabas SMN!

 

Posted at 9:07 am by MamaErra
Comments (2)  




Tuesday, September 25, 2007
LABYRINTH - Imaen

Bahasa diamlah yang paling sukar. Dalam diam ada seribu pengertian. Dalam diam ada seribu soalan. Dalam diam ada seribu jawapan. Dalam diam ada seribu tafsiran. Dengan diam orang boleh berkata 'aku cinta padamu'. Dan dalam diam orang boleh berkata 'kita tidak sehaluan lagi'.

Dunia Kamal dan Dani berbeza. Namun takdir telah mempertemukan mereka. Pembunuhan bersiri adalah "lantai" untuk mereka saling mengenali; mencari jalan keluar dari labyrinth yang membelenggu mereka!

Kamal
Cinta dan rindu seperti kopi... pahit! Setia pula adalah gulanya. Kopi dan gula adalah kepahitan yang manis. Kenapakah cintanya sudah tidak bergula lagi? 

Dani
Kadang-kadang dalam riuh di luar, di dalam begitu sepi. Seperti ada tembok yang memisahkan. Seperti gagalnya laut menakluki sungai dengan masinnya.
Riuh itu laut dan Dani itu sungai...dan Maira?
 

Maira
Cintaku kepada-Mu adalah laut tanpa pantai... hujan tanpa awan. Rinduku kepada-Mu adalah mabuk tanpa anggur... makan tanpa kenyang! 

Bahasa diamlah bahasa yang paling sukar. Dalam diam ada seribu pengertian. Dalam diam ada seribu soalan. Dalam diam ada seribu jawapan. Dan dalam diam ada seribu tafsiran. Dengan diam orang boleh berkata, aku cinta padamu. Dan dalam diam juga orang boleh berkata, kita tidak lagi sehaluan.

lalu diam yang bagaimanakah aku dan Maira?

lalu diam yang bagaimanakah aku dan Natasya?
 

Seorang diri dia memasuki labyrinth... berjalan dan terus berjalan: jalan yang berselirat. Dia harus memilih, namun setiap pilihan adalah halangan, lalu dia mencipta jalannya sendiri. Dia tahu, pembunuh itu berada dekat dengannya.  Siapa?


'Cinta tidak boleh meruntuhkan tembok... tetapi cinta boleh meruntuh lelaki si pembuat tembok..'

Romantis-thriller, aku suka novel ini. Bertambah lagi nama penulis romantis-thriller lelaki yang aku minati selain RAM, Abdul Rahim Awang, Abdul Talib Hassan dan Norhisham. Bermula dengan membaca Vendetta di dalam Gurindam Jiwa, aku tidak teragak-agak untuk membaca karya Imaen yang seterusnya.... dan memang ianya tidak mengecewakan. Tak perlu ulas panjang-panjang... aku sarankan, lebih baik baca supaya anda dapat merasa apa yang aku rasa kerana ianya tidak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata. Di samping itu juga, banyak informasi yang bakal anda diperolehi dari novel ini... Tahniah Imaen!

Posted at 5:06 pm by MamaErra
Make a comment  




Wednesday, September 19, 2007
MOGA KAU MENGERTI - Lily Haslina Nasir

....cinta yang dilepaskan pergi itulah cinta yang paling dalam bersemadi di dalam hati!

Perpisahan membuatkan Adeena Adalia sengsara menanggung rindu. Semakin disisih wajah dan nama Kamali dari ingatan, semakin memanggil-manggil kerinduan di jiwa. Sepuluh tahun berlalu, dia tidak pernah berputus asa menanti agar dipertemukan de-ngan lelaki itu.

Melayari lautan kehidupan yang sesekali bergelora mempertemukannya dengan Dr. Adib yang nyata kasihnya sebening air dari pergunungan. Dia cuba memujuk diri menerima huluran cinta itu. Namun, setiap ceruk hatinya hanya menyebut nama Kamali.

Kehadiran e-mel daripada Wani membuka jalan untuk Adeena menghubungi Kamali semula. Biarpun di persimpangan yang amat mengelirukan, hatinya memilih jejaka yang dikenali sejak di bangku sekolah. Sihir cinta yang dirasai amat luar biasa. Tetapi syurga yang dicari bersama Kamali rupa-rupanya neraka yang tiada penghujung. Cinta lelaki itu tidak mengharum di jiwa.

Abang...
Adakah aku yang khayalkan kasih sayangmu
Hingga aku tertanya-tanya siapa yang lebih luhur setia
Tapi kau lukakan hati ini hingga kecewa
Aku derita setelah menyanjung cintamu.

Adeena masih tidak berhenti berdoa, masih mengharap agar Kamali mengerti. Cinta bukan untuk dipersenda. Namun, bercahayakah cinta di hati setelah dihancurluluhkan?


Cinta, mengapa lagi dirindu semakin jauh perginya!

Cinta pertama, tidak semestinya berakhir dengan kebahagiaan... dan selalunya cinta kedua itu lebih baik dari yang pertama. Maka, janganlah serik untuk memulakannya untuk sekali lagi... Itulah yang dapat aku rumuskan.

Cinta itu tidak indah kalau tidak terseksa...

Aku ini tidak pandai untuk mengulas panjang-panjang. Apa yang boleh aku katakan di sini, aku suka dengan ceritanya. Sangat suka... Bunga-bunga bahasanya membuai perasaanku... Lily pandai mengolah ayat-ayat yang boleh menerbitkan pelbagai perasaan ketika membacanya. Terus terang aku katakan... aku menangis bila tiba di bahagian penghujung novel ini. Oleh itu, tidak keterlaluan kalau aku katakan bahawa nama Lily sudah boleh diletakkan sebaris dengan nama penulis-penulis novel terkenal di Malaysia. Syabas Lily... tak sabar pula menanti kelahiran karya yang seterusnya.

Posted at 1:39 pm by MamaErra
Comment (1)  




Tuesday, September 18, 2007
AIR MATA CINTA - Rabiatul Adawiyah

Airmata... jangan tumpah lagi kerana aku tidak berdaya lagi menagih cinta.

Ku jejak kasih semalam, mengharung rindu yang telah tertahan. Rintangan dan dugaan mendatang ku harungi demi cinta dan kasih yang tidak berpenghujung. Takdir yang datang kuiringi dengan doa, penuh keinsafan. Kesabaran ini kupertahan demi kasih seorang anak. Lalu aku kembali ke dunia realiti mencari kekuatan yang hilang. Namun langkahku kaku kerana ku tahu kau masih ada di situ.


Jalan ceritanya biasa saja... kisah yang biasa berlaku dalam masyarakat hari ini dan kalau tak silap, suatu ketika dulu aku pernah menonton sebuah drama yang mirip kepada jalan cerita novel ini tapi aku tak ingat tajuknya dan bila aku menontonnya. Kisah seorang ibu tunggal (Sapura) yang membesarkan anak seorang diri, anak (Nabila), yang  tiba-tiba saja mendapat tahu akan kewujudan bapanya (Badrul Hakimi), ibu tiri (Nurul) dan abang kandung (Amirul Affendi). Malah terus berasa takut untuk meneruskan hubungan dengan kekasih (Amir Hamzah) ekoran dari peristiwa silam bapa yang baru dikenalinya. Kesudahannya, ada yang gembira dan ada yang terluka dengan keputusan yang telah Nabila buat....

Kali ini aku ada komen sikit pasal novel ini. Aku rasa editor perlu lebih peka kepada penggunaan Bahasa Inggeris di dalam kata nama ganti diri yang tidak konsisten di dalam dialog antara watak-watak dalam novel ini. Contohnya, dialong antara Nabila dan Fendi - ada ketika guna 'saya' dan 'awak' dan ada ketikanya guna 'i' dan 'you'... begitu juga dengan dialog antara Nabila dan Amir. Aku sebenarnya tak berapa pandai dalam bahasa penulisan ini... tapi macam konfius sedikit bila membacanya. Penggunaan kata nama ganti diri kadang-kadang menjadi satu 'trademark' kepada sesuatu watak dalam sesebuah novel itu. Jadi aku rasa ianya penting juga dalam sesuatu cerita itu. Harap tidak ada yang tersinggung dengan komen aku ini kerana ini hanya pada pandangan peribadiku saja.

Terdetik di hatiku:
Mungkin sudah menjadi lumrah alam... Mungkin kerana itulah aku terlalu mengikutkan sangat perasaan kecewa bila membaca karya-karya novelis baru di pasaran, kerana itulah juga agaknya aku ini agak memilih dan selalunya aku lebih mendahulukan membeli/membaca karya-karya novelis
favourite yang sudah ada nama... contohnya seperti Khadijah Hashim, Abdul Rahim Awang, Fauziah Ashari, Fatinilam Sari, Abdul Talib Hassan, NB, Noor Suraya, Sharifah Abu Salem, Anis Ayuni, Norzailina, Samsiah Mohd Nor, RAM, Aisya Sofea, Aina Emir, Elias Hj Idris, Lily Haslina, Siti Hazneza dan lain-lain lagi yang tak dapat aku senaraikan di sini. Aku rasa pembaca di luar sana pun mungkin punya perasaan yang sama sepertiku.

Posted at 7:27 am by MamaErra
Comment (1)  




Tuesday, September 11, 2007
AJAK KADIR MENCARI BUKU SAKTI KASYORGA - E. M. Muhammad

Ajak mula berkawan baik dengan tiga orang 'kanak-kanak sakti' bernama Samrin, Ella Vie dan Naina, walaupun pada mulanya Naina tidak suka kepadanya. Ajak tetap berusaha untuk berkawan dengan mereka dan dia tidak menyangka, dia akan mengalami pengalaman yang sering diimpi-impikannya selama ini. Pengalaman melihat sendiri keajaiban yang mampu dilakukan oleh 'orang sakti', pengalaman membantu 'orang sakti' mencari buku sakti Kasyorga dan juga pengalaman bertempur dengan kusub-kusub busuk yang menjadi musuh kuat orang sakti. Ayuh! Sama-sama kita mengalami pengalaman tersebut dengan Ajak!


Komen dari Ayee: "Best! Ada sikit-sikit macam cerita Harry Porter. Ada sambungan tak, Mama?"

Aku juga membaca novel ini sebaik saja aku dengar komen dari Ayee... tak pernah aku lihat dia begitu khusyuk membaca novel sehingga dia boleh menghabiskannya dalam masa beberapa hari saja. Teruja juga nak tahu jalan ceritanya. Tapi memang betul kata Ayee, best. Ianya lain dari yang lain.... dan bukan senang nak menulis cerita yang sedemikian sebenarnya... Tak perlulah aku ulas dengan panjang lebar, bacalah kalau nak tahu apa yang terkandung di dalamnya....

Posted at 1:54 pm by MamaErra
Comments (2)  




Wednesday, August 29, 2007
OMBAK SENJA - Amir Husaini

"Pak Mid beritahu aku. Dia tahu daripada anak dia yang kerja kat hospital tu. Tak kan anak dia nak bohong?" jelas Mak Cik Kiah sedang marah.

"Pak Mid?" Zirul terdiam. Kenapa pula Pak Mid menyibuk dalam hal ini, hati kecil Zirul bertanya. "Jangan mudah percaya cakap orang, mak. Siasat dulu hujung pangkal, baru bertindak, " kata Zirul cuba menenangkan ibunya.

"Nak siasal apa lagi Zirul? Sudah, aku tak nak dengar lagi. Nanti kau angkat barang-barang si Hairi dlam bilik tu masuk ke dalam van dia. Aku tak mau kuman dia merebak dalam rumah kita. Isy, jijik aku, kau tahu tak?" kata Mak Cik Kiah lagi.

Zirul memerhatikan api yang membara membakar tilam, bantal dan cadar. Hatinya kecewa dengan ibu kerana terlalu mudah mempercayai cakap orang lain. Dia juga pelik kenapa Pak Mid begitu bersusah payah datang untuk memberitahu ibunya tentang hal ini. Zirul bimbang Hairi akan disisih apabila perkara ini tersebar. Dia tahu yang berita seperti ini akan dihebahkan dengan begitu pantas sekali. Zirul juga maklum dengan pemikiran orang kampungnya itu. Seperti juga ibunya, mereka akan beranggapan yang Hairi adalah seorang homoseksual.


Lagi satu hasil karya penulis lelaki yang telah aku baca... tidak ramai penulis novel lelaki pada masa ini jika nak dibandingkan dengan penulis perempuan. Pada permulaan pembacaan, padaku ceritanya biasa saja... kisah masyarakat yang diselitkan sedikit dengan unsur cinta. Selepas di pertengahan cerita, ketika Sofea melafazkan yang dia masih mencintai Hairi dan sedia menerima Hairi sebagai suami... aku mula teruja untuk meneruskan pembacaan untuk mengetahui kesudahan ceritanya. Apakah mereka akan bersatu? Bagaimana dengan penerimaan keluarga Sofea dan juga orang kampung?

Satu lagi fenomena yang sering melanda masyarakat kita pada masa ini... terutamanya masyarakat kampung, mereka ini kurang didedahkan dengan pelbagai perkara. AIDS pada contohnya, mereka tidak tahu banyak mengenai penyakit ini dan bagaimana untuk menangani pengidap penyakit tersebut. Mereka hanya pandai terus menghukum menyisih pesakit ini dari kelompok masyarakat. Lihat saja tindakan Mak Cik Kiah sebaik saja dia mengetahui akan panyakit Hairi... Apakah yang akan terjadi pada Hairi? Adakah dia akan dipulaukan oleh penduduk kampung? Bacalah... kalau nak tahu apa kesudahan ceritanya.

Posted at 7:36 am by MamaErra
Make a comment  




Tuesday, August 28, 2007
BAYANGAN RINDU - Anis Ayuni

"Orang yang pernah gagal tahan diuji dan lebih tahu menghargai. Dia melihat bahagia seperti melihat warna-warna seindah pelangi."

KISAH cinta Iddya yang penuh pahit manis. Cinta pertamanya dengan Baein, teman sekelasnya tidak kesampaian apabila pemuda itu mengalih cinta kepada gadis lain. Biarpun kecewa, Iddya tabah menghadapi dugaan ini.

Pertemuan dengan Lutfi pula melahirkan rasa cinta yang begitu mendalam. Tapi ikatan itu putus di tengah jalan dan menimbulkan konflik kejiwaan pada diri Iddya. Pada Umar Aisy, bekas teman sekolahnya, dia mencurahkan resah gelisah, duka kecewa dan menangis hiba. Lelaki itu sentiasa memujuk dengan kata-kata yang mendamaikan.

Apakah Iddya akan menemui cinta sejatinya selepas ini? Siapakah lelaki yang bertuah itu? Pepatah ada mengatakan gadis yang baik akan bertemu jodoh dengan lelaki yang baik juga.


Cinta monyet... jarang berakhir hingga ke jinjang pelamin. Itulah kebiasaannya dan itulah yang berlaku di antara Iddya dan Baein. Patah tumbuh hilang berganti... maka Iddya pun bertemu dengan Lutfi tapi lansung tidak menjangka bahawa mereka tidak boleh bersatu di saat-saat mereka menuju ke gerbang perkahwinan. Itulah kerja Tuhan, tiada siapa yang dapat menghalangnya. Kuman di seberang laut boleh nampak tapi gajah di depan mata tidak dipedulikan... Mengapa Iddya tidak pernah perasan akan kebaikan Umar padanya semenjak di bangku sekolah lagi? Pada Iddya, Umar sahabat baiknya, tempat dia mengadu.... berkongsi cerita suka dan duka. Umar pendengar yang setia. Mengapa dia tidak pernah mahu tahu apa perasaan Umar padanya tapi apa pula perasaan Umar pada Iddya? Bacalah... ok juga jalan cerita dia.

Umar ~ "Ibarat orang yang dah luka lututnya... I tak boleh ajak dia berlari. I perlu tunggu sampai lukanya sembuh sambil tu I cuba jalan perlahan-lahan dengannya."

Posted at 12:38 pm by MamaErra
Make a comment  




Sunday, August 26, 2007
CEMBURU SEORANG PEREMPUAN - Siti Hazneza Abdul Hamid

"Aku orang bukit yang telah mengambil risiko tinggi membina rumah di tepi pantai yang paling bergelora..."

Tidak sulit beristeri dua, Dhiya'... kiranya yang kedua itu ialah dirimu. Kiranya yang kedua itu penuh reda sepertimu... Isteri, di wajahmu ada syurga... yang di dalamnya beralun tenang alirannya dan sesekali aku rindu... namun yang sesekali itu, aku seringnya tidak mampu untuk memenuhinya. kasih sayang kita ada sempadan yang memisahkan, hingga ruang-ruang intim antara kita... aku lemas sebelum waktunya. Andainya syurga buatmu, lalu aku harus menjadi suami yang bagaimana... selayaknya aku di mana? Dan adakah syurga buat suami sepertiku... suami yang sering gagal meletakkan keadilan di dalam rumah tangga. Isteri... melamarmu menjadi isteri kedua adakah suatu yang dinamakan kesilapan, bila tatkala kesempurnaanmu menjadikan aku seorang suami yang gagal....


Semenjak membaca novel Angin Dingin dari Utara dan Setulus Setia Seindah Nama, aku tidak melepaskan peluang untuk membaca novel ini. Bermacam-macam perkara dapat aku pelajari - hal rumahtangga; hal perasaan terhadap suami, ibu bapa, anak-anak dan ahli keluarga; peradaban dalam Islam; bagaimana mendidik anak; jangan cepat berprasangka; perihal bagaimana suami patut melayan isteri (isteri-isterinya) dan juga bagaimana isteri patut melayan suami. Tidak dapat ku kira entah berapa kali aku menitiskan air mata ketika membaca novel ini. Siti Hazneza begitu bijak mewujudkan watak-watak seperti Dhiya' yang ku kira sebaik-baik umat yang pernah kutemui, Emilia yang ku rasa punya perasaan yang begitu kejam terhadap Dhiya' dan juga Zikrillah yang tidak boleh berlaku adil terhadap kedua-dua isterinya itu. Bacalah... tak rugi sebab aku bagi ***** kat novel ni.

Posted at 2:02 pm by MamaErra
Make a comment  




Friday, August 24, 2007
...TIDAK AKU BERSUARA... - Norhayati Berahim

Peristiwa hitam yang berlaku terus menghantui dirinya ke mana dia pergi, sejauh mana dia berlari. Segalanya masih tidak dapat dihilangkan dari ingatan. Maruahnya tergadai, harapannya berkecai dan lelaki yang bertanggungjawab masih lagi bebas.

Perlukah disuara apa yang berlaku? Tidakkah malu kalau semua orang tahu? Buat seketika, Jeslina memang benar-benar buntu.

Namun... akhirnya dia sedar, kalau tidak dia bersuara? Semua lelaki durjana itu akan terus bermaharajalela.


Trauma sumbang mahram... intipati cerita yang disampaikan oleh NB dalam novelnya kali ini melalui watak Jeslina. Dari sinopsis, kita dapat lihat bagaimana Jeslina mengharunginya... lari dari keluarga kerana rasa malu, benci kepada lelaki, takut untuk berkasih kerana rasa diri tidak sempurna, sukar mempercayai orang lain dan macam-macam lagi perasaan yang menghantui perasaannya yang sekali gus mengganggu perjalanan kehidupannya. Siapakah yang berjaya memujuk hati Jeslina untuk keluar dari belenggu tersebut? Odin? Doktor Budi Utomo? Nisak? Puan Khatijah? Siapa...?

Baca dulu... memang best (pada pendapat peribadi akulah). Aku rasa peminat NB yang lain juga pasti bersependapat denganku... Bertambah lagilah koleksi novel NB aku... yang ke-29.

Posted at 7:34 am by MamaErra
Comment (1)  




Monday, August 20, 2007
KAU KEKASIHKU - Anis Ayuni

Dhira yang baru sahaja dilukai oleh seorang lelaki menyatakan bahawa dia tidak mahu bercinta lagi. Namun, hatinya kalah dengan kenyataannya itu apabila terpaut dengan Zairi ketika melancong ke Beijing. Sejak pertemuan yang membibitkan kenangan manis, hubungan Dhira dengan Zairi semakin mesra selepas pulang dari melancong. Namun, Dhira pasrah walaupun Zairi menunjukkan sikap prihatinnya dan cemburu, lelaki itu agak sukar menyatakan cinta kepadanya.

Akhirnya, lafaz cinta keluar dari bibir Zairi dan ingin melamar Dhira menjadi suri dalam hidupnya. Namun, ada sesuatu yang menjadi persoalan dalam diri Dhira, apabila dia tidak pernah disentuh oleh suaminya sendiri selama di alam perkahwinan.

Apakah masalah yang sedang dihadapi oleh Zairi? Mengapa dia tidak mahu menyentuh Dhira sedangkan tanggungjawab lain ditunaikan? Adakah kerana Dhira yang menjadi puncanya? Akhirnya, Dhira dapat menemui jawapannya yang sering membelenggu dirinya. Antara kasihan dan kasih, perlukah Dhira mengharunginya bersama suami tercinta?


Ego. Ianya sering dikaitkan dengan lelaki. Mereka ini payah untuk mengaku kesilapan dan kekurangan diri dan kerana sikap yang satu inilah selalunya membawa kepada kemusnahan di dalam satu-satu perhubungan. Fenomena inilah yang Anis Ayuni sampaikan di dalam novel Kau Kekasihku ini. Setelah mengetahui masalah yang melanda Zairi, walaupun pada mulanya, Dhira hanya mahu beralah dan mengundur diri... tetapi kerana kasih dan sayang pada suami tercinta, Dhira tidak cepat melatah. Dia tahu setiap permasalahan pasti ada penyebabnya dan setiap sebab pasti ada jalan penyelesaiannya. Selebihnya, dia berserah pada takdir... Aku rasa, novel ini patut dibaca oleh para suami dan isteri sebagai panduan dan pengajaran agar kita tidak cepat membuat kesimpulan ke atas apa yang berlaku dan terus menghukum suami/isteri di atas kesilapan yg mereka lakukan.

Posted at 8:00 am by MamaErra
Make a comment  




Next Page



MamaErra
September 22nd


Tujuan aku mengadakan blog ini adalah untuk kepuasan diri aku sendiri di dalam mengabadikan minatku kepada sesuatu yang boleh dijadikan sebagai kenangan dan secara tidak lansung ianya juga boleh aku kongsi bersama sesiapa di luar sana yang punya minat sealiran denganku. Apa yang aku tulis di sini hanya pendapat peribadiku semata-mata dan tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak.




Dira Djulaiha's  book recommendations, reviews, favorite quotes, book clubs, book trivia, book lists

Tinggalkanlah Jejakmu Di Sini....



   





<< October 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31


AKU BACA...
Dari Jiwa Rasa
Dina Zaman
Nisah Haron
Ulas Buku
Norra Hassan
Ayu Emelda
Saleha Ahmad
Antu Buku
Novel Cinta Melayu
Novel Melayu
Koleksi Buku Ainil
Bicara Buku
Kaki Buku
Wira Bukit

MASIH SEGAR DIINGATANKU:

A. SAMAD SAID
[Adik Datang] [Hujan Pagi] [Salina] [Sungai Mengalir Lesu] [Di Simpang Jalan] [Di Hadapan Pulau] [Wira Bukit] [Al-Amin] [Langit Petang] [Cinta Fansuri] [Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri] [Daerah Zeni] [Lantai T Pinkie] [Benih Harapan] [Benih Semalu] [Daun Semalu Pucuk Paku] [Warkah Eropah]

ABDUL RAHIM AWANG
[Pulang] [Konspirasi] [Jejak-Jejak Songsang] [Realiti] [Komp. Generasi Yang Hilang] [Mama] [Boneka] [Saka]

ABDUL TALIB HASSAN
[Diari Hati] [Khailee] [Cinta Semalam] [Airani] [Primadona] [Warisan]

AHADIAT AKASHAH
[Budak Setan 1, 2 & 3] [Lagenda Budak Setan] [Hikayat Cinderella] [Katerina] [Nyanyian Ombak Di Hati]

AIDA ADRIANI
[Lafazkan Cintamu]

AIDIL KHALID
[Bila Nysrah Kata Tak Mahu]

AINA EMIR
[Sesuci Cinta] [Seharum Kasih] [Kau Laksana Bulan] [Bunga-Bunga Kemboja]

AINON ZAINI
[Kembara Rindu di Sakura]

AISYA SOFEA
[Selagi Ada Dia] [Gelora Jiwa] [Jauh] [Jendela Hati] [Kau Untukku] [Sehangat Asmara] [Buatmu Kekasih]

ALEYA ANEESA
[Semusim Rindu] [Kasih Antara Kita] [Janjiku Bersamamu]

AMARUSZATI NOOR RAHIM
[Bila Sena Kembali Berbunga 1 & 2]

AMIR HUSAINI
[Ombak Senja]

ANIS AYUNI
[Gemersik Kalbu] [Manisnya Cinta] [Suara Hati] [Kau Kekasihku] [Seribu Kali Sayang]

ANTASYA BALKIS
[Bila Hati Berbicara]

ANWAR RAZALI
[Asmara Seribu Cinta]

ATHIRAH NATASHA
[Gerimis Kasih]

BAHRUDDIN BEKRI
[Detektif Bertudung Hitam] [Doa Untuk Aku] [Dunia Aku Sederhana Kecil]

BIKASH NUR IDRIS
[Sambutlah Cintaku]

DAMYA HANNA
[Bicara Hati] [Sepi Tanpa Cinta]

DINA NAJAT
[Seteguh Kasih Aina Najihah] [Cinta Lukisan Jiwa] [Takdir Cinta]

DR AZIZAH JOHAR
[Kasih Tak Bermusim] [Luka-Luka Semalam] [Ragam Sejeping Hati]

DR HM TUAH
[Original] [Inikah Cinta]

EBRIZA AMINNUDIN
[Dambaan Pilu] [Apa Kata Hati] [Aku Cinta Kamu]

EITA ASHYTA
[Kasih Seharum Lavender]

ELIAS HJ. IDRIS
[Bunga Bukan Semusim] [Kehilangan] [Pilihan Kedua] [Anak Perempuan Kabaret]

FATINILAM SARI AHMAD
[Kaulah Satu][Perempuan Tanpa Dosa] [Kesturi] [Cenderawasih] [Megalomania 1 & 2] [Jangan Tinggal Daku] [Antara Dua Hati] [Saat Hilang Cintamu]

FAUZIAH ASHARI
[Duri] [Ombak Rindu] [Segalanya Cinta...] [Pergilah Sepi] [Setia Menanti] [Rindu Cintaku]

HABIBURRAHMAN EL SHIRAZY
[Ayat-Ayat Cinta]

HALINA KAMARUDIN
[Sentuhan Kasih]

HANI SOFEA
[Gerhana Hati Lara]

HASREEYATI RAMLI
[Demi Cinta Ini]

HLOVATE
[Tunas] [Aa+Bb] [5 Tahun 5 Bulan] [Schubert's Serenade (Gurindam Jiwa)]

IMAEN
[Vendetta (Gurindam Jiwa)] [Labyrinth] [Bohemian]

IZZA ARIPIN
[...Dan Mimpi Pun Bersatu] [Kerana Dia Cinta]

IZZUL IZZATI
[Bukan Cinta Biasa] [Ku Seru Kasihmu]

JAMILAH AHMAD
[Kau Tetap Di Hatiku]

JESSY MOJURU
[Tenda Biru] [Hanya Kau Segalanya]

JOHN NORAFIZAN
[Garis-Garis DeJavu] [Cinderella Cinta] [Tunjukkan Aku Satu Bintang] [Sempadan Tanpa Seri]

KAMSIAH ABU
[Terpenjara Di Kamar Sutera] [Menggamit Syurga Firdaus]

KHADIJAH HASHIM
[Laila Azwa Gadisku] [Cinta Kedua] [Senator Adila] [Mira Edora] [Badai Semalam] [Jalan ke Kubur] [Pelangi Pagi] [Merpati Putih Terbang Lagi] [Belum Masanya] [Di Tengah Kubu]

KHAIRYN OTHMAN
[Zahrah de Tigris]

LAMIA AIMAL
[Tiga Wajah]

LIANA AFIERA MALIK
[Bukan Puteri Lindungan Bulan] [Dan Mimpi Pun Berguguran] [Dia Di Hatiku] [Janji Assila]

LILY HASLINA NASIR
[Aku Ada Kamu] [Epilog Cinta] [Moga Kau Mengerti]

LIZA ZAHIRA
[Cinta Rahsia]

MANJLARA
[Persis Sebutir Pasir]

MAIZURA MOHD EDERIS
[Kiranya Kau Berbohong]

MA LEE CHUSWAN
[Selamat Tinggal Sayang]

MANAF HAMZAH
[Dedaun Hijau di Angin Lalu]

MIMIE AFINIE
[Bisikan Rindu] [Masih Ada Rindu]

MIOR SHARIMAN HASSAN
[Cincin Permata Biru]

MINA MAHANIE
[Seindah Gubahan Kasih]

NAJWA AIMAN @ AIMY NAJWA
[Untuk Kau Dan Aku] [Bahang Selatan]

NASS ALINA NOAH
[Selamat Pengantin Baru Isteriku]

NAZAWATI ABD MANAF
[Kembalikan Kasihku]

NAZURAH AISHAH
[Lili Buat Najah]

NIA AZALEA
[Hati Yang Terusik] [Kau Yang Satu] [Seredup Kasihmu]

NEKMAH MIRDI
[Seadanya Sayang]

NORA ISMAIL
[Serasi Di Hati]

NORHAYATI BERAHIM
[Setiap Jumaat] [Chinta] [Kembalikan Cintaku] [Harum Chempaka] [Sakitnya Sayang] [...Tidak Aku Bersuara...] [Murni Kasih] [Kasih Yang Tercalar] [Biarkan Aku Menangis] [Tiada Batasan Sayang] [Andai Semalam Ku Miliki] [Dia Lebih Mengerti] [Cinta Jangan Kau Pergi] [Egois] [Emosi] [Hati Seorang Wanita] [Inferior] [Noktah] [Sayang Tak Terucap] [Seindah Derita] [Air Mata Kasih] [Dendam Yang Terlerai] [Cinta Pertama] [Hanya Kerana Cinta] [Hati Yang Luka] [Jalinan Memori] [Nota Cinta Buat Mu] [Pesanan Terakhir Seorang Lelaki] [Rindu] [Bunga Kasih] [Setulus Cinta] [Sentuhan Kasih] [Terima Kasih Kekasih] [Untukmu Segalanya]

NORHAZRIANA ABDULLAH
[Hadirnya Cinta]

NORISAH A.BAKAR
[Rinduku di Angin Lalu] [Hati Seorang Wanita]

NOOR SURAYA
[Panggil Aku Dahlia] [Kebun Mimpi...] [Hati Andriyana (Gurindam Jiwa)] [Surat Ungu Untuk Nuha] [Nyanyian Tanjung Sepi] [Rindunya Kian Membara] [Biru Ungu Cinta] [Tanah Andriyana] [Keranamu Ain]

NOR RAFISHAH MD. HASSAN
[Aku Yang Ditinggalkan]

NORZAILINA NORDIN
[Arjuna Hati] [Arca Kasih] [Gemersik Rindu] [Sewangi Kasih-Konflik Terakhir]

NURUL SYAHIDA
[Plain Jane]

OSHUN MUHAMMAD @ E.M MUHAMMAD
[Ninja Kunaharo: Misteri Wira Malam] [Ninja Kunaharo: Misteri Kelubung Putih] [Ninja Kunaharo: Misteri Bomoh Ajaib] [Ajak Kadir Mencari Buku Sakti Kasyorga]

PINGU TOHA
[L.U.V.E]

PITTERIAH ABDULLAH
[Hadirnya Cinta]

PUTERI ANDALAS
[Tanpamu Di Sisi]

RABIATUL ADAWIYAH
[Air Mata Cinta]

RAFIZAH NORDIN
[Cupid Love] [Hari Yang Terluka]

RAMLAH RASHID
[Kabus Senja]

RAMLEE AWANG MURSHID
[Tombiruo] [Semangat Hutan] [Tombiruo Terakhir] [Rahsia Perindu] [Hatiku di Harajuku] [Bagaikan Puteri] [Cinta Sang Ratu] [Ungu Karmila] [Hijab Sang Pencinta] [Personal Justice (ADAM)] [Mikhail]

ROHANI DIN
[Diari Bonda 1, 2, 3 & 4]

ROZITA ABD WAHAB
[Setelah Kau Pergi] [Permata Asmara] [Kasih Bersemi]

RUBY HAZRI
[Percayalah...] [Kopi Susu Sepatu Biru]

RUHANA MD ZAKI
[Alunan Rindu]

RYNSA
[Kebun Mimpi - Albatros: Antara Langin & Bumi] [Relevankah Aku Di Hatimu?]

SABARIAH ARAUR
[Lelaki Terakhir] [Jalur-Jalur Jingga] [Buat Yang Terakhir...] [Inang Sari]

SAMSIAH MOHD NOR
[Bulan Berbisik] [Sejernih Lazuardi] [Anom Suraya] [Cinta Jati Klasik] [Tangisan Bulan Madu 1, 2, 3 & 4] [Anggerik Kota] [Sebening Langit Senja]

SALINA IBRAHIM
[Kombinasi Bunga Cinta] [Syurga di Hati] [Mahligai]

SARNIA YAHYA
[Secantik Anugerah]

SHAHNON AHMAD
[Ranjau Sepanjang Jalan]

SHANIKA LATISHA
[Kasihku Abadi]

SHARIFAH ABU SALEM
[Gerimis Di Hati] [Tak Seindah Mimpi] [Tak Semanis Mimpi] [Tiada Lagi Mimpi] [Pesona Rindu] [Biar Rindu Berlalu]

SITI HASNEZA ABDUL HAMID
[Cemburu Seorang Perempuan] [Angin Dingin Dari Utara] [Setulus Setia Seindah Nama] [Sonata Kasihku]

SITI ROHAYAH ATAN
[Trilogi Wajah Wanita] [Menggapai Pelangi]

SITI ROSMIZAH
[Andai Itu Takdirnya]

SITI ROZILAH @ ZETTY ZAHIRA
[Intan Delila] [Antara Dua Persimpangan] [Arca Di Cermin] [Biarkan Aku Sendiri] [Titipkan Aku Bahagia] [...Hulurkanlah Kasihmu] [Setulus Hati Ika] [Rindu Yusuf Cinta Zulaika]

SITI ZABEHA IBRAHIM
[Yang Teristimewa]

SRI DIAH
[KL Di Mana Suamiku] [Jangan Ada Dusta] [Janji Kasih]

SYAMIMI AMINOLAH
[Air Mata Kasih] [Dalam Dakapan Kasihmu] [Andai Ku Miliki Semalam] [Ada Rindu Di Wajahmu...]

SYUD
[Kebun Mimpi - Tas Merah Jambu] [Tentang... Dhiya]

ZAHARAH MUHAMMAD
[Hatiku Milikmu]

ZURAIDAH OTHMAN
[Komp. Ada Cinta di Matanya]

ZAID AKHTAR
[Salju Sakinah]

ZARA ALUWI
[Belahan Jiwa]

ZULIANA ABUAS
[Viva Sakura]






Click here to e-mail me on any query! Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed