Tuesday, May 08, 2007
KERANA DIA CINTA - Izza Aripin

Dalam perjalanan mencari cinta sejati, Gia terpaksa bernikah dengan Ryan berkorban demi menyatukan dua gergasi korporat. Ketiadaan cinta menyebabkan rumahtangga yang dibina bagai retak menanti belah. Hadirnya Dena menggongcang pendirian Ryan. Rezman dijadikan alat oleh Dena untuk mengejar cintanya. Tehimpit dengan beban perasaan yang semakin sukar digalas, Gia membawa diri ke Teratak Bayu. Siti Hajar menyedarkan dirinya bahawa keredhaan suami ialah kebahagiaan seorang isteri. Gia pulang dengan hasrat mahu mengubah benci kepada cinta.

 

Tetapi, semuanya sudah terlambat. Gia membawa hati yang lara ke perantauan bersama dendam. Masa yang berlalu tidak pernah memadamkan dendam dan meredakan benci. Gia kembali sebagai Amani yang sudah menemui cinta sejatinya terhadap Allah. Hatinya yang masih luka diketuk oleh cinta Zeek yang hadir tanpa diduga. Dalam dilema mencari arah, muncul Ryan menagih cinta dan maaf.

 

Siapakah di hati Amani? Adakah dia menerima cinta Zeek dengan redha? Atau pulang ke pangkuan Ryan melupuskan dendam? Kerana dia cinta…membawa Gia menyusuri jalan kehidupan yang tidak lekang daripada onak dan duri.

Posted at 5:01 pm by MamaErra
Make a comment  




Monday, May 07, 2007
LIGHTNING - Danielle Steel

Memang sudah menjadi kegemaran Danielle Steel memaparkan kisah-kisah percintaan pasangan bercinta atau kehidupan suami isteri dan diselitkan bersama dengan permasalahan semasa yang sentiasa membelengu dalam perhubungan mereka. Jika berkesempatan, memang aku tidak pernah melepaskan peluang untuk membaca novel beliau.

Kali ini Danielle menjadikan penyakit barah sebagai intipati dalam novelnya kali ini. Kesibukan mengejar kerjaya masing-masing telah membuatkan Alexandara dan Samuel tidak berhasrat untuk mempunyai anak kerana pada mereka, tanpa anak kehidupan mereka tetap bahagia. Walaupun begitu, dengan kehadiran Annabelle mereka begitu teruja untuk mempunyai anak lebih ramai anak. Semasa menjalani pelbagai kaedah untuk mendapatkan anak, mereka dikejutkan dengan berita Alexandra mengidap barah payu dara. Pada mulanya, Alexandra tidak dapat menerima kenyataan tersebut namun dia akhirnya bersetuju untuk menjalani pembedahan. Tetapi tidak pada Samuel, peristiwa ibunya yang meninggal akibat kanser telah membuatkan dia takut untuk mendekati Alexandra, dan membiarkan Alex mengharunginya sendirian. Dalam masa yang sama, Samuel sedang hanyut bersama cinta Daphne. Kelekaan Samuel sekali gus telah memusnahkan kerjayanya. Setelah apa yang Samuel lakukan kepada Alexandra, mahukah dia menjadi pembela Samuel dalam menghadapi tuduhan-tuduhan salah laku dalam perniagaannya di mahkamah?

Posted at 7:27 am by MamaErra
Make a comment  




Friday, April 27, 2007
SURAT UNGU UNTUK NUHA - Noor Suraya

Ku kikis sisa wajah dia

Yang melakat di jantung

Ku cuba siram benih kasihmu

Yang menyapa di hati

Tetapi seperti padi-padi itu

Aku tidak pernah tahu

Bila rasa sayang itu kian bercambah

Jika kita pernah sama-sama menanam

Dan membajainya

Pulanglah…

Kalau kau rasakan cinta itu ada saktinya

 

Kecewa kerana cintanya tidak bersambut telah membawa diri Nuha ke utara tanah air. Peristiwa tertumpahnya kopi panas di dalam keretapi itu rupa-rupanya telah membawa kepada kisah cinta penuh rahsia di antara Nuha dan Alang. Perasaan benci Nuha semakin mendalam apabila mengetahui Alanglah yang memperkenalkan Engku Faizal dengan isterinya sekarang. Persengketaan mereka berterusan sehinggalah Alang ditimpa musibah sehingga hilang penglihatan. Pendirian Nuha berubah. Dia bersetuju untuk belajar Al-Quran dan dalam masa yang sama dia menggalakkan Alang untuk belajar membaca huruf braille. Perasaan salah faham di antara mereka telah membuat Alang membawa diri ke Australia dengan alasan untuk menunggu penderma mata untuk dirinya. Apakah Alang berjaya untuk mendapat mata barunya dan dapatkah dia merebut cinta Nuha?
 


Kelahiran novel ini memang dinanti-nantikan oleh semua peminat Kak Su termasuklah diriku sendiri. Bukannya apa, aku tak sabar-sabar untuk membaca dari mula hingga ke akhirnya cerita SUUN ini. Maklum sajalah kan, aku ni bukan ada banyak masa untuk mengikuti e-novel bersiri ni...  Apa yang menyedihkan lagi, saat-saat akhir aku tidak dapat menghadiri majlis perlancarannya yang berlansung pada awal April yang lalu. Apa-apa pun, aku enjoy membaca novel ini. Memang berbaloi memilikinya. Tahniah Kak Su!

Posted at 10:30 am by MamaErra
Comment (1)  




Tuesday, April 24, 2007
CINTA SANG RATU - Ramlee Awang Murshid

"Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berbeza..."


Kesinambungan dari novel Bagaikan Puteri, RAM masih mengekalkan suasana dua zaman yang bebeza. Begitu juga dengan adegan-adegan persilatan, ilmu agama dan juga unsur-unsur paranormal.

Di zaman penghujung kurun ke-15, Ratu Sulaman cuba untuk menakluki Acheh dalam memperluaskan empayar pemerintahan Maharani di Pulau Utara. Semasa pertempurannya dengan Laksamana Suna, Ratu Sulaman sudah mula terpaut dengan keampuan ilmu mempertahan diri lelaki itu. Walaupun dia berjaya menumpaskan Laksamana Sunan dan meninggalkan Acheh, namun dengan sikap terpuji yang ditunjukkan oleh lelaki itu telah membuatkan Ratu Sulaman berpatah balik ke Tanah Rencong dengan tujuan untuk mempelajari ilmu yang dimiliki oleh Laksamana Sunan. Dia sanggup untuk merendahkan dirinya sebagai insan biasa dengan menggunakan nama asalnya, Ratna sebaik saja dia memeluk agama Islam dan sekali gus menjadi isteri Laksamana yang terbilang itu. Apakah Maharani boleh berdiam diri bila mendengar berita tersebut? Berjayakah Laksamana Sunan melindungi isterinya?

Cinta Sang Ratu

Laksana langit mencengkam purnama
Ibarat mutiara di lautan biru
Saujana mata memandang
Seluas langit terbentang
Tatkala cinta berbisik
Suaranya memuji TUHAN
Apabila rindu terusik
Rasulnya menjadi pilihan
Sampai masanya cinta menjadi taruhan
Sang ratu menjadi impian

Dalam zaman masa kini, Haryani terpanggil untuk pergi ke Medan dengan hasrat dia dapat membawa Dani pulang ke Malaysia sehinggakan dia terjebak ke alam sumpahan keturunan Menggala. Saat nyawanya berada di hujung tanduk, kehadiran Pak Mustakim, Saliha dan Dani telah menyelamatkannya dari menjadi mangsa korban yang ke-100 demi menghidupkan semula baka asal Menggala. Pelbagai insiden berlaku dan begitu mendebarkan. Berjayakah Dani dan Haryani melepaskan diri dan pulang ke Malaysia?

Selesai saja membaca novel ini, aku membuat satu kesimpulan - setiap kebaikan yang kita lakukan pasti akan dapat mengatasi segala kejahatan di dunia ini. Inilah elemen yang paling penting yang patut ditanam di dalam diri kita dalam mengharungi liku-liku hidup di akhir zaman ini. InsyaAllah.....


"Apabila bertindak, ikut firasat, bergeraklah seperti seekor ular yang menyurus belukar. Perlahan tapi berhati-hati. Melawan ketika disergah. Menghindar musuh dari terserempak tatkala tiada kemampuan. Bangkit menyembur bisa untuk melumpuh lawan."

Posted at 10:10 am by MamaErra
Make a comment  




Thursday, April 19, 2007
BAGAIKAN PUTERI - Ramlee Awang Murshid

Semenjak membaca Rahsia Perindu dan Hatiku di Harajuku, aku terpanggil untuk membaca novel-novel karya RAM yang seterusnya.

Sekali lagi RAM memberikan satu kelainan di dalam novelnya kali ini. Beliau mengajak pembaca meneroka ke dua alam yang berbeza melalui watak Haryani iaitu ketika dia terlantar koma di hospital. Jasadnya berada di dunia masa kini manakala rohnya berada di zaman penghujung kurun ke-15. Di zaman itulah Haryani bertemu dengan Laksamana Sunan yang terkenal di Acheh, lalu jatuh hati kepada lelaki tersebut. Dalam masa yang sama dia juga berkesempatan mengenali pahlawan-pahlawan Melayu di era Kesultanan Melayu Melaka. 

Jalan cerita menjadi lebih menarik dengan kebolehan RAM menyelitkan adegan-adegan persilatan, ilmu agama Islam dan juga unsur-unsur paranormal. Banyak perkara baru yang aku pelajari dari novel ini. Apakah kesudahan hubungan Haryani dan Laksamana Sunan? Apakah roh Haryani dapat kembali ke zaman dia yang asalnya? Berjayakah Dani memujuk Haryani? Terselamatkan Dani di Acheh ketika tsunami melanda daerah itu?

p/s berbaloi untuk dijadikan koleksi...

Posted at 7:55 pm by MamaErra
Make a comment  




Wednesday, April 11, 2007
CINTA LUKISAN JIWA - Dina Najat

Kecewa dengan kehidupan di kampung, Dhiyan membawa diri ke Kuala Lumpur dengan harapan nasibnya akan berubah di sana. Sebagai salah seorang pelajar kelas masakan kepunyaan Datin Najwa, Dhiyan tidak menyangka yang dia terpaksa tinggal di banglo mewah milik wanita itu dan di situlah dia bertemu dengan anak Datin Najwa - Roy, Nadia, Dr. Riezman serta cucunya, Sabrina.

Mengenali Sabrina, mengingatkan dia kepada nostalgia silamnya di zaman kanak-kanak yang ketandusan kasih sayang seorang ibu. Bezanya, Sabrina itu cacat penglihatan. Kemesraan dan keakraban mereka berdua telah menarik perhatian Dr Riezman. Apakah Dr. Riezman masih berpegang dengan ikrarnya sebelum ini? Bagaimana pula penerimaan Dhiyan terhadap Dr. Riezman dan Fadhil, lelaki-lelaki yang cuba memenangi hati dan memburu cinta Dhiyan?


Jalan cerita yang bersahaja dan santai. Boleh dijadikan koleksi peribadi. Semoga dengan kelahiran novel kedua Dina ini akan mendorong beliau untuk menghasilkan karya-karya yang lebih baik lagi di masa akan datang. Tahniah dan selamat berkarya.... InsyaAllah, suatu hari nanti anda akan berdiri sama di antara barisan penulis terkenal tanahair.

Posted at 4:22 pm by MamaErra
Comment (1)  




Tuesday, April 10, 2007
JANJIKU BERSAMAMU - Aleya Aneesa


Ini novel ketiga karya Aleya Aneesa aku baca selepas Kasih Antara Kita dan Semusim Rindu. Perasaan terharu menyelubungi diri tatkala membaca novel ini. Cerita bagaimana Dhamira Rysda mengharungi ranjau hidupnya sebagai anak Aly Rasyid. Betapa sedihnya bila diri tidak punya tempat di sisi datuk dan nenek sendiri sedangkan layanan yang istimewa diberikan kepada adik beradik tirinya. Semuanya kerana dia anak kacukan Inggeris-Melayu. Betapa bahagianya bila Za'iem ada bersama di saat-saat diri disingkir jauh oleh papa sendiri. Ganjaran pasti ada bagi orang yang tenang dan sabar dalam segala hal dan berkat kesabaran Dhamira, Efizah sudah boleh menerimanya dan apa yang lebih menggembirakan Dhamira, Nenek Tiah dan Datuk Wahid sudah dapat menerima dia sebagai cucu mereka. Alhamdulillah....

Posted at 7:49 am by MamaErra
Make a comment  




Friday, April 06, 2007
MURNI KASIH - Norhayati Berahim

Sinopsis Novel:

MURNI KASIH punya dua orang sahabat karib yang dikenali sedari zaman kanak-kanak di kampungnya. Kebaikan dan keakraban DINO terhadap Murni selalu disalaherti oleh OJAN yang membuatkan dia sentiasa berprasangka tidak baik kepada lelaki itu kerana dia memang menyukai gadis itu sejak kecil lagi. Walaupun begitu perasaannya itu dipendam kerana emaknya, Makcik Timah Getok memang memusuhi Murni dan bapanya, Pak Kassim.

Dengan berbekalkan ilmu dan pengalaman bekerja dengan Sariah, Murni berhasrat untuk menjalankan perniagaan perkhidmatan caregiver dan juga membuka rumah persaraan sebaik saja pulang dari melanjutkan pelajaran di Kanada. Di sinilah bermulanya dia mengenali ayah Sariah dan Loqman Aqeem. Kelebihan yang ada pada Murni juga telah membantu kekasih Dino, JULIE  berbaik semula dengan bapanya dan sekaligus menjadi akrab dengan ahli keluarga TAN SRI KHONG.

Ojan tidak dapat lagi memendam perasaannya lalu dia meluahkan segalanya kepada Murni. Murni keliru. Reaksi dingin dari Murni telah mendorong Ojan untuk menyepikan diri. Lebih-lebih lagi apabila ibunya sendiri menentang hasrat hatinya itu. Dalam kekeliruan hati Murni, apakah dia sebenarnya menyayangi Ojan? Kenapa dia rasa tidak keruan apabila ketiadaan Ojan?


Sudah jadi kebiasaan bila nampak saja novel baru NB di pasaran, tanpa berfikir panjang aku terus saja membelinya untuk menambah koleksi. Agak menarik juga novel NB kali ini. Berkisarkan persahabatan, kekeluargaan dan juga perasaan kasih dan sayang sesama insan tanpa mengira agama, bangsa dan kedudukan.

Aku rasa amat tersentuh ketika membaca part kata-kata Murni semasa dia menyerahkan bungkusan kepada Puan Sri Jane sebelum dia berlepas untuk mengerjakan umrah dan juga ketika Puan Sri Jane membuka bungkusan tersebut di dalam perjalanan pulang dari lapangan terbang.... syahdu rasanya. Aku juga dapat belajar sesuatu tentang caregiver. Andaikata aku berkemampuan, mungkin aku juga akan menjadi salah seorang yang menggunakan perkhidmatan begini.... hehehe... Walaupun begitu,  Hati Yang Tercalar tetap segar di ingatan. Syabas NB.

Posted at 3:27 pm by MamaErra
Comment (1)  




Friday, March 30, 2007
RELEVANKAH AKU DI HATIMU? - Rynsa

RADHA merakamkan kisah tiga sekawan, Nurul Akashah, Carl Duke Adam (Kaduk) dan Mohd Ammar dari zaman persekolahan hinggalah ke alam dewasa. Apabila timbul soal hati dan perasaan, masing-masing enggan meluahkannya demi menghormati ikatan persahabatan mereka bertiga dan dalam masa yang sama pelajaran lebih penting dari segalanya. Akashah cuba untuk berlaku adil kepada Kaduk dan Ammar memandangkan kedua-dua mereka baik kepadanya. Apakah penantian Akashah untuk bersama Kaduk berhasil? Apa pula jawapan yang diberikan Akashah kepada lamaran Ammar?


Walaupun telah lama aku memiliki novel ini, namun hanya baru-baru ni saja aku dapat membacanya. Itu pun setelah novel ini sampai semula ke tangan ku. Sebelum ini, novel ini telah bertukar tangan dari seorang adik ke seorang adik dan juga seorang kawan ke kawan yang lain. Namun begitu, aku berpuas hati kerana masing-masing memberikan ulasan yang baik terhadap novel ini. Kerana itu jugalah aku tidak membuang masa dengan mengenepikan dulu novel yang sedang aku baca dan terus membaca RADHA. Benar apa kata mereka. Walaupun jalan ceritanya biasa sahaja tapi cara penyampaiannya yang menarik membuatkan aku enjoy membacanya. Banyak perkara yang aku pelajari dari novel ini terutamanya cara pergaulan di antara muslimin dan muslimah. Penerapan nilai-nilai Islam di dalam novel ini amat berguna untuk dijadikan panduan dalam kehidupan seharian kita. Berbaloi untuk memiliki RADHA yang setebal 489 halaman ini sebagai koleksi. InsyaAllah.....

Posted at 2:52 pm by MamaErra
Make a comment  




Thursday, March 29, 2007
YANG TERISTIMEWA - Siti Zabeha Ibrahim


 

Sinopsis Novel:
Sampai bila diri ini harus dijadikan sandaran buat pengubat rindu anak-anak itu? Dia ikhlas menghulur kasih, dia tulus menyulam sayang. Namun mengapa semua ini harus disalahertikan? Mengapa ada rasa kurang senang... sedang Ain dan Iman adalah amanat Nursarah buatku. Amanat yang akan aku junjung selagi terdaya. Mana mungkin aku biarkan si kecil itu dahagakan kasih ibunya. Dan selagi terdaya, seluruh kasihku tumpah buat mereka. Kerana ibu mereka adalah sahabat baikku... yang aku sayangi... yang begitu aku rindui setelah dia pergi...


Pertama kali membaca novel karya penulis ini. Itu pun kerana ada seorang kawan yang meminjamkan novel tersebut padaku. Aku mengambil masa yang agak panjang untuk menamatkan pembacaanku, di mana aku masih sempat lagi membaca novel lain dahulu di antaranya untuk mengelakkan kebosanan. Pada aku jalan ceritanya biasa saja. Persoalan yang serupa dari mula sampai ke akhir cerita membuatkan ianya jadi hambar... sikap Nabila yang seakan main tarik tali di antara dengan lelaki-lelaki yang rapat dengannya memaparkan betapa sukarnya untuk dia membuat keputusan dalam pemilihan jodohnya. Begitu juga dengan isu siapa Ahmad Bakhtiar di dalam hidupnya. Ini adalah pendapat peribadiku semata-mata, lain orang lain pandangannya. Namun begitu, pada aku Nabila adalah seorang gadis yang baik, dia begitu menghargai kasih sayang seorang sahabat dan juga keluarga.... dan aku kagum dengan kesanggupan dia untuk memikul tanggungjawab terhadap si Ain dan Iman... demi Nursarah.

Posted at 3:03 pm by MamaErra
Make a comment  




Next Page



MamaErra
September 22nd


Tujuan aku mengadakan blog ini adalah untuk kepuasan diri aku sendiri di dalam mengabadikan minatku kepada sesuatu yang boleh dijadikan sebagai kenangan dan secara tidak lansung ianya juga boleh aku kongsi bersama sesiapa di luar sana yang punya minat sealiran denganku. Apa yang aku tulis di sini hanya pendapat peribadiku semata-mata dan tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak.




Dira Djulaiha's  book recommendations, reviews, favorite quotes, book clubs, book trivia, book lists

Tinggalkanlah Jejakmu Di Sini....



   





<< May 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31


AKU BACA...
Dari Jiwa Rasa
Dina Zaman
Nisah Haron
Ulas Buku
Norra Hassan
Ayu Emelda
Saleha Ahmad
Antu Buku
Novel Cinta Melayu
Novel Melayu
Koleksi Buku Ainil
Bicara Buku
Kaki Buku
Wira Bukit

MASIH SEGAR DIINGATANKU:

A. SAMAD SAID
[Adik Datang] [Hujan Pagi] [Salina] [Sungai Mengalir Lesu] [Di Simpang Jalan] [Di Hadapan Pulau] [Wira Bukit] [Al-Amin] [Langit Petang] [Cinta Fansuri] [Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri] [Daerah Zeni] [Lantai T Pinkie] [Benih Harapan] [Benih Semalu] [Daun Semalu Pucuk Paku] [Warkah Eropah]

ABDUL RAHIM AWANG
[Pulang] [Konspirasi] [Jejak-Jejak Songsang] [Realiti] [Komp. Generasi Yang Hilang] [Mama] [Boneka] [Saka]

ABDUL TALIB HASSAN
[Diari Hati] [Khailee] [Cinta Semalam] [Airani] [Primadona] [Warisan]

AHADIAT AKASHAH
[Budak Setan 1, 2 & 3] [Lagenda Budak Setan] [Hikayat Cinderella] [Katerina] [Nyanyian Ombak Di Hati]

AIDA ADRIANI
[Lafazkan Cintamu]

AIDIL KHALID
[Bila Nysrah Kata Tak Mahu]

AINA EMIR
[Sesuci Cinta] [Seharum Kasih] [Kau Laksana Bulan] [Bunga-Bunga Kemboja]

AINON ZAINI
[Kembara Rindu di Sakura]

AISYA SOFEA
[Selagi Ada Dia] [Gelora Jiwa] [Jauh] [Jendela Hati] [Kau Untukku] [Sehangat Asmara] [Buatmu Kekasih]

ALEYA ANEESA
[Semusim Rindu] [Kasih Antara Kita] [Janjiku Bersamamu]

AMARUSZATI NOOR RAHIM
[Bila Sena Kembali Berbunga 1 & 2]

AMIR HUSAINI
[Ombak Senja]

ANIS AYUNI
[Gemersik Kalbu] [Manisnya Cinta] [Suara Hati] [Kau Kekasihku] [Seribu Kali Sayang]

ANTASYA BALKIS
[Bila Hati Berbicara]

ANWAR RAZALI
[Asmara Seribu Cinta]

ATHIRAH NATASHA
[Gerimis Kasih]

BAHRUDDIN BEKRI
[Detektif Bertudung Hitam] [Doa Untuk Aku] [Dunia Aku Sederhana Kecil]

BIKASH NUR IDRIS
[Sambutlah Cintaku]

DAMYA HANNA
[Bicara Hati] [Sepi Tanpa Cinta]

DINA NAJAT
[Seteguh Kasih Aina Najihah] [Cinta Lukisan Jiwa] [Takdir Cinta]

DR AZIZAH JOHAR
[Kasih Tak Bermusim] [Luka-Luka Semalam] [Ragam Sejeping Hati]

DR HM TUAH
[Original] [Inikah Cinta]

EBRIZA AMINNUDIN
[Dambaan Pilu] [Apa Kata Hati] [Aku Cinta Kamu]

EITA ASHYTA
[Kasih Seharum Lavender]

ELIAS HJ. IDRIS
[Bunga Bukan Semusim] [Kehilangan] [Pilihan Kedua] [Anak Perempuan Kabaret]

FATINILAM SARI AHMAD
[Kaulah Satu][Perempuan Tanpa Dosa] [Kesturi] [Cenderawasih] [Megalomania 1 & 2] [Jangan Tinggal Daku] [Antara Dua Hati] [Saat Hilang Cintamu]

FAUZIAH ASHARI
[Duri] [Ombak Rindu] [Segalanya Cinta...] [Pergilah Sepi] [Setia Menanti] [Rindu Cintaku]

HABIBURRAHMAN EL SHIRAZY
[Ayat-Ayat Cinta]

HALINA KAMARUDIN
[Sentuhan Kasih]

HANI SOFEA
[Gerhana Hati Lara]

HASREEYATI RAMLI
[Demi Cinta Ini]

HLOVATE
[Tunas] [Aa+Bb] [5 Tahun 5 Bulan] [Schubert's Serenade (Gurindam Jiwa)]

IMAEN
[Vendetta (Gurindam Jiwa)] [Labyrinth] [Bohemian]

IZZA ARIPIN
[...Dan Mimpi Pun Bersatu] [Kerana Dia Cinta]

IZZUL IZZATI
[Bukan Cinta Biasa] [Ku Seru Kasihmu]

JAMILAH AHMAD
[Kau Tetap Di Hatiku]

JESSY MOJURU
[Tenda Biru] [Hanya Kau Segalanya]

JOHN NORAFIZAN
[Garis-Garis DeJavu] [Cinderella Cinta] [Tunjukkan Aku Satu Bintang] [Sempadan Tanpa Seri]

KAMSIAH ABU
[Terpenjara Di Kamar Sutera] [Menggamit Syurga Firdaus]

KHADIJAH HASHIM
[Laila Azwa Gadisku] [Cinta Kedua] [Senator Adila] [Mira Edora] [Badai Semalam] [Jalan ke Kubur] [Pelangi Pagi] [Merpati Putih Terbang Lagi] [Belum Masanya] [Di Tengah Kubu]

KHAIRYN OTHMAN
[Zahrah de Tigris]

LAMIA AIMAL
[Tiga Wajah]

LIANA AFIERA MALIK
[Bukan Puteri Lindungan Bulan] [Dan Mimpi Pun Berguguran] [Dia Di Hatiku] [Janji Assila]

LILY HASLINA NASIR
[Aku Ada Kamu] [Epilog Cinta] [Moga Kau Mengerti]

LIZA ZAHIRA
[Cinta Rahsia]

MANJLARA
[Persis Sebutir Pasir]

MAIZURA MOHD EDERIS
[Kiranya Kau Berbohong]

MA LEE CHUSWAN
[Selamat Tinggal Sayang]

MANAF HAMZAH
[Dedaun Hijau di Angin Lalu]

MIMIE AFINIE
[Bisikan Rindu] [Masih Ada Rindu]

MIOR SHARIMAN HASSAN
[Cincin Permata Biru]

MINA MAHANIE
[Seindah Gubahan Kasih]

NAJWA AIMAN @ AIMY NAJWA
[Untuk Kau Dan Aku] [Bahang Selatan]

NASS ALINA NOAH
[Selamat Pengantin Baru Isteriku]

NAZAWATI ABD MANAF
[Kembalikan Kasihku]

NAZURAH AISHAH
[Lili Buat Najah]

NIA AZALEA
[Hati Yang Terusik] [Kau Yang Satu] [Seredup Kasihmu]

NEKMAH MIRDI
[Seadanya Sayang]

NORA ISMAIL
[Serasi Di Hati]

NORHAYATI BERAHIM
[Setiap Jumaat] [Chinta] [Kembalikan Cintaku] [Harum Chempaka] [Sakitnya Sayang] [...Tidak Aku Bersuara...] [Murni Kasih] [Kasih Yang Tercalar] [Biarkan Aku Menangis] [Tiada Batasan Sayang] [Andai Semalam Ku Miliki] [Dia Lebih Mengerti] [Cinta Jangan Kau Pergi] [Egois] [Emosi] [Hati Seorang Wanita] [Inferior] [Noktah] [Sayang Tak Terucap] [Seindah Derita] [Air Mata Kasih] [Dendam Yang Terlerai] [Cinta Pertama] [Hanya Kerana Cinta] [Hati Yang Luka] [Jalinan Memori] [Nota Cinta Buat Mu] [Pesanan Terakhir Seorang Lelaki] [Rindu] [Bunga Kasih] [Setulus Cinta] [Sentuhan Kasih] [Terima Kasih Kekasih] [Untukmu Segalanya]

NORHAZRIANA ABDULLAH
[Hadirnya Cinta]

NORISAH A.BAKAR
[Rinduku di Angin Lalu] [Hati Seorang Wanita]

NOOR SURAYA
[Panggil Aku Dahlia] [Kebun Mimpi...] [Hati Andriyana (Gurindam Jiwa)] [Surat Ungu Untuk Nuha] [Nyanyian Tanjung Sepi] [Rindunya Kian Membara] [Biru Ungu Cinta] [Tanah Andriyana] [Keranamu Ain]

NOR RAFISHAH MD. HASSAN
[Aku Yang Ditinggalkan]

NORZAILINA NORDIN
[Arjuna Hati] [Arca Kasih] [Gemersik Rindu] [Sewangi Kasih-Konflik Terakhir]

NURUL SYAHIDA
[Plain Jane]

OSHUN MUHAMMAD @ E.M MUHAMMAD
[Ninja Kunaharo: Misteri Wira Malam] [Ninja Kunaharo: Misteri Kelubung Putih] [Ninja Kunaharo: Misteri Bomoh Ajaib] [Ajak Kadir Mencari Buku Sakti Kasyorga]

PINGU TOHA
[L.U.V.E]

PITTERIAH ABDULLAH
[Hadirnya Cinta]

PUTERI ANDALAS
[Tanpamu Di Sisi]

RABIATUL ADAWIYAH
[Air Mata Cinta]

RAFIZAH NORDIN
[Cupid Love] [Hari Yang Terluka]

RAMLAH RASHID
[Kabus Senja]

RAMLEE AWANG MURSHID
[Tombiruo] [Semangat Hutan] [Tombiruo Terakhir] [Rahsia Perindu] [Hatiku di Harajuku] [Bagaikan Puteri] [Cinta Sang Ratu] [Ungu Karmila] [Hijab Sang Pencinta] [Personal Justice (ADAM)] [Mikhail]

ROHANI DIN
[Diari Bonda 1, 2, 3 & 4]

ROZITA ABD WAHAB
[Setelah Kau Pergi] [Permata Asmara] [Kasih Bersemi]

RUBY HAZRI
[Percayalah...] [Kopi Susu Sepatu Biru]

RUHANA MD ZAKI
[Alunan Rindu]

RYNSA
[Kebun Mimpi - Albatros: Antara Langin & Bumi] [Relevankah Aku Di Hatimu?]

SABARIAH ARAUR
[Lelaki Terakhir] [Jalur-Jalur Jingga] [Buat Yang Terakhir...] [Inang Sari]

SAMSIAH MOHD NOR
[Bulan Berbisik] [Sejernih Lazuardi] [Anom Suraya] [Cinta Jati Klasik] [Tangisan Bulan Madu 1, 2, 3 & 4] [Anggerik Kota] [Sebening Langit Senja]

SALINA IBRAHIM
[Kombinasi Bunga Cinta] [Syurga di Hati] [Mahligai]

SARNIA YAHYA
[Secantik Anugerah]

SHAHNON AHMAD
[Ranjau Sepanjang Jalan]

SHANIKA LATISHA
[Kasihku Abadi]

SHARIFAH ABU SALEM
[Gerimis Di Hati] [Tak Seindah Mimpi] [Tak Semanis Mimpi] [Tiada Lagi Mimpi] [Pesona Rindu] [Biar Rindu Berlalu]

SITI HASNEZA ABDUL HAMID
[Cemburu Seorang Perempuan] [Angin Dingin Dari Utara] [Setulus Setia Seindah Nama] [Sonata Kasihku]

SITI ROHAYAH ATAN
[Trilogi Wajah Wanita] [Menggapai Pelangi]

SITI ROSMIZAH
[Andai Itu Takdirnya]

SITI ROZILAH @ ZETTY ZAHIRA
[Intan Delila] [Antara Dua Persimpangan] [Arca Di Cermin] [Biarkan Aku Sendiri] [Titipkan Aku Bahagia] [...Hulurkanlah Kasihmu] [Setulus Hati Ika] [Rindu Yusuf Cinta Zulaika]

SITI ZABEHA IBRAHIM
[Yang Teristimewa]

SRI DIAH
[KL Di Mana Suamiku] [Jangan Ada Dusta] [Janji Kasih]

SYAMIMI AMINOLAH
[Air Mata Kasih] [Dalam Dakapan Kasihmu] [Andai Ku Miliki Semalam] [Ada Rindu Di Wajahmu...]

SYUD
[Kebun Mimpi - Tas Merah Jambu] [Tentang... Dhiya]

ZAHARAH MUHAMMAD
[Hatiku Milikmu]

ZURAIDAH OTHMAN
[Komp. Ada Cinta di Matanya]

ZAID AKHTAR
[Salju Sakinah]

ZARA ALUWI
[Belahan Jiwa]

ZULIANA ABUAS
[Viva Sakura]






Click here to e-mail me on any query! Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed