MamaErraSeptember 22nd
Tujuan aku mengadakan blog ini adalah untuk kepuasan diri aku sendiri di dalam mengabadikan minatku kepada sesuatu yang boleh dijadikan sebagai kenangan dan secara tidak lansung ianya juga boleh aku kongsi bersama sesiapa di luar sana yang punya minat sealiran denganku. Apa yang aku tulis di sini hanya pendapat peribadiku semata-mata dan tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak.
Tinggalkanlah Jejakmu Di Sini....
AKU BACA...
Dari Jiwa Rasa
Dina Zaman
Nisah Haron
Ulas Buku
Norra Hassan
Ayu Emelda
Saleha Ahmad
Antu Buku
Novel Cinta Melayu
Novel Melayu
Koleksi Buku Ainil
Bicara Buku
Kaki Buku
Wira Bukit
MASIH SEGAR DIINGATANKU:
A. SAMAD SAID [Adik Datang] [Hujan Pagi] [Salina] [Sungai Mengalir Lesu] [Di Simpang Jalan] [Di Hadapan Pulau] [Wira Bukit] [Al-Amin] [Langit Petang] [Cinta Fansuri] [Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri] [Daerah Zeni] [Lantai T Pinkie] [Benih Harapan] [Benih Semalu] [Daun Semalu Pucuk Paku] [Warkah Eropah]
ABDUL RAHIM AWANG [Pulang] [Konspirasi] [Jejak-Jejak Songsang] [Realiti] [Komp. Generasi Yang Hilang] [Mama] [Boneka] [Saka]
ABDUL TALIB HASSAN [Diari Hati] [Khailee] [Cinta Semalam] [Airani] [Primadona] [Warisan]
AHADIAT AKASHAH [Budak Setan 1, 2 & 3] [Lagenda Budak Setan] [Hikayat Cinderella] [Katerina] [Nyanyian Ombak Di Hati]
AIDA ADRIANI[Lafazkan Cintamu]
AIDIL KHALID[Bila Nysrah Kata Tak Mahu]
AINA EMIR[Sesuci Cinta] [Seharum Kasih] [Kau Laksana Bulan] [Bunga-Bunga Kemboja]
AINON ZAINI[Kembara Rindu di Sakura]
AISYA SOFEA[Selagi Ada Dia] [Gelora Jiwa] [Jauh] [Jendela Hati] [Kau Untukku] [Sehangat Asmara] [Buatmu Kekasih]
ALEYA ANEESA[Semusim Rindu] [Kasih Antara Kita] [Janjiku Bersamamu]
AMARUSZATI NOOR RAHIM[Bila Sena Kembali Berbunga 1 & 2]
AMIR HUSAINI[Ombak Senja]
ANIS AYUNI[Gemersik Kalbu] [Manisnya Cinta] [Suara Hati] [Kau Kekasihku] [Seribu Kali Sayang]
ANTASYA BALKIS[Bila Hati Berbicara]
ANWAR RAZALI[Asmara Seribu Cinta]
ATHIRAH NATASHA[Gerimis Kasih]
BAHRUDDIN BEKRI[Detektif Bertudung Hitam] [Doa Untuk Aku] [Dunia Aku Sederhana Kecil]
BIKASH NUR IDRIS[Sambutlah Cintaku]
DAMYA HANNA[Bicara Hati] [Sepi Tanpa Cinta]
DINA NAJAT[Seteguh Kasih Aina Najihah] [Cinta Lukisan Jiwa] [Takdir Cinta]
DR AZIZAH JOHAR[Kasih Tak Bermusim] [Luka-Luka Semalam] [Ragam Sejeping Hati]
DR HM TUAH[Original] [Inikah Cinta]
EBRIZA AMINNUDIN[Dambaan Pilu] [Apa Kata Hati] [Aku Cinta Kamu]
EITA ASHYTA[Kasih Seharum Lavender]
ELIAS HJ. IDRIS[Bunga Bukan Semusim] [Kehilangan] [Pilihan Kedua] [Anak Perempuan Kabaret]
FATINILAM SARI AHMAD[Kaulah Satu][Perempuan Tanpa Dosa] [Kesturi] [Cenderawasih] [Megalomania 1 & 2] [Jangan Tinggal Daku] [Antara Dua Hati] [Saat Hilang Cintamu]
FAUZIAH ASHARI[Duri] [Ombak Rindu] [Segalanya Cinta...] [Pergilah Sepi] [Setia Menanti] [Rindu Cintaku]
HABIBURRAHMAN EL SHIRAZY[Ayat-Ayat Cinta]
HALINA KAMARUDIN[Sentuhan Kasih]
HANI SOFEA[Gerhana Hati Lara]
HASREEYATI RAMLI[Demi Cinta Ini]
HLOVATE[Tunas] [Aa+Bb] [5 Tahun 5 Bulan] [Schubert's Serenade (Gurindam Jiwa)]
IMAEN[Vendetta (Gurindam Jiwa)] [Labyrinth] [Bohemian]
IZZA ARIPIN[...Dan Mimpi Pun Bersatu] [Kerana Dia Cinta]
IZZUL IZZATI[Bukan Cinta Biasa] [Ku Seru Kasihmu]
JAMILAH AHMAD[Kau Tetap Di Hatiku]
JESSY MOJURU[Tenda Biru] [Hanya Kau Segalanya]
JOHN NORAFIZAN[Garis-Garis DeJavu] [Cinderella Cinta] [Tunjukkan Aku Satu Bintang] [Sempadan Tanpa Seri]
KAMSIAH ABU[Terpenjara Di Kamar Sutera] [Menggamit Syurga Firdaus]
KHADIJAH HASHIM[Laila Azwa Gadisku] [Cinta Kedua] [Senator Adila] [Mira Edora] [Badai Semalam] [Jalan ke Kubur] [Pelangi Pagi] [Merpati Putih Terbang Lagi] [Belum Masanya] [Di Tengah Kubu]
KHAIRYN OTHMAN[Zahrah de Tigris]
LAMIA AIMAL[Tiga Wajah]
LIANA AFIERA MALIK
[Bukan Puteri Lindungan Bulan] [Dan Mimpi Pun Berguguran] [Dia Di Hatiku] [Janji Assila]
LILY HASLINA NASIR[Aku Ada Kamu] [Epilog Cinta] [Moga Kau Mengerti]
LIZA ZAHIRA[Cinta Rahsia]
MANJLARA[Persis Sebutir Pasir]
MAIZURA MOHD EDERIS[Kiranya Kau Berbohong]
MA LEE CHUSWAN[Selamat Tinggal Sayang]
MANAF HAMZAH[Dedaun Hijau di Angin Lalu]
MIMIE AFINIE[Bisikan Rindu] [Masih Ada Rindu]
MIOR SHARIMAN HASSAN[Cincin Permata Biru]
MINA MAHANIE[Seindah Gubahan Kasih]
NAJWA AIMAN @ AIMY NAJWA[Untuk Kau Dan Aku] [Bahang Selatan]
NASS ALINA NOAH[Selamat Pengantin Baru Isteriku]
NAZAWATI ABD MANAF[Kembalikan Kasihku]
NAZURAH AISHAH[Lili Buat Najah]
NIA AZALEA[Hati Yang Terusik] [Kau Yang Satu] [Seredup Kasihmu]
NEKMAH MIRDI[Seadanya Sayang]
NORA ISMAIL[Serasi Di Hati]
NORHAYATI BERAHIM[Setiap Jumaat] [Chinta] [Kembalikan Cintaku] [Harum Chempaka] [Sakitnya Sayang] [...Tidak Aku Bersuara...] [Murni Kasih] [Kasih Yang Tercalar] [Biarkan Aku Menangis] [Tiada Batasan Sayang] [Andai Semalam Ku Miliki] [Dia Lebih Mengerti] [Cinta Jangan Kau Pergi] [Egois] [Emosi] [Hati Seorang Wanita] [Inferior] [Noktah] [Sayang Tak Terucap] [Seindah Derita] [Air Mata Kasih] [Dendam Yang Terlerai] [Cinta Pertama] [Hanya Kerana Cinta] [Hati Yang Luka] [Jalinan Memori] [Nota Cinta Buat Mu] [Pesanan Terakhir Seorang Lelaki] [Rindu] [Bunga Kasih] [Setulus Cinta] [Sentuhan Kasih] [Terima Kasih Kekasih] [Untukmu Segalanya]
NORHAZRIANA ABDULLAH[Hadirnya Cinta]
NORISAH A.BAKAR[Rinduku di Angin Lalu] [Hati Seorang Wanita]
NOOR SURAYA[Panggil Aku Dahlia] [Kebun Mimpi...] [Hati Andriyana (Gurindam Jiwa)] [Surat Ungu Untuk Nuha] [Nyanyian Tanjung Sepi] [Rindunya Kian Membara] [Biru Ungu Cinta] [Tanah Andriyana] [Keranamu Ain]
NOR RAFISHAH MD. HASSAN[Aku Yang Ditinggalkan]
NORZAILINA NORDIN[Arjuna Hati] [Arca Kasih] [Gemersik Rindu] [Sewangi Kasih-Konflik Terakhir]
NURUL SYAHIDA[Plain Jane]
OSHUN MUHAMMAD @ E.M MUHAMMAD[Ninja Kunaharo: Misteri Wira Malam] [Ninja Kunaharo: Misteri Kelubung Putih] [Ninja Kunaharo: Misteri Bomoh Ajaib] [Ajak Kadir Mencari Buku Sakti Kasyorga]
PINGU TOHA[L.U.V.E]
PITTERIAH ABDULLAH[Hadirnya Cinta]
PUTERI ANDALAS[Tanpamu Di Sisi]
RABIATUL ADAWIYAH[Air Mata Cinta]
RAFIZAH NORDIN[Cupid Love] [Hari Yang Terluka]
RAMLAH RASHID[Kabus Senja]
RAMLEE AWANG MURSHID
[Tombiruo] [Semangat Hutan] [Tombiruo Terakhir] [Rahsia Perindu] [Hatiku di Harajuku] [Bagaikan Puteri] [Cinta Sang Ratu] [Ungu Karmila] [Hijab Sang Pencinta] [Personal Justice (ADAM)] [Mikhail]
ROHANI DIN[Diari Bonda 1, 2, 3 & 4]
ROZITA ABD WAHAB[Setelah Kau Pergi] [Permata Asmara] [Kasih Bersemi]
RUBY HAZRI[Percayalah...] [Kopi Susu Sepatu Biru]
RUHANA MD ZAKI[Alunan Rindu]
RYNSA[Kebun Mimpi - Albatros: Antara Langin & Bumi] [Relevankah Aku Di Hatimu?]
SABARIAH ARAUR[Lelaki Terakhir] [Jalur-Jalur Jingga] [Buat Yang Terakhir...] [Inang Sari]
SAMSIAH MOHD NOR[Bulan Berbisik] [Sejernih Lazuardi] [Anom Suraya] [Cinta Jati Klasik] [Tangisan Bulan Madu 1, 2, 3 & 4] [Anggerik Kota] [Sebening Langit Senja]
SALINA IBRAHIM[Kombinasi Bunga Cinta] [Syurga di Hati] [Mahligai]
SARNIA YAHYA[Secantik Anugerah]
SHAHNON AHMAD[Ranjau Sepanjang Jalan]
SHANIKA LATISHA[Kasihku Abadi]
SHARIFAH ABU SALEM[Gerimis Di Hati] [Tak Seindah Mimpi] [Tak Semanis Mimpi] [Tiada Lagi Mimpi] [Pesona Rindu] [Biar Rindu Berlalu]
SITI HASNEZA ABDUL HAMID[Cemburu Seorang Perempuan] [Angin Dingin Dari Utara] [Setulus Setia Seindah Nama] [Sonata Kasihku]
SITI ROHAYAH ATAN[Trilogi Wajah Wanita] [Menggapai Pelangi]
SITI ROSMIZAH[Andai Itu Takdirnya]
SITI ROZILAH @ ZETTY ZAHIRA[Intan Delila] [Antara Dua Persimpangan] [Arca Di Cermin] [Biarkan Aku Sendiri] [Titipkan Aku Bahagia] [...Hulurkanlah Kasihmu] [Setulus Hati Ika] [Rindu Yusuf Cinta Zulaika]
SITI ZABEHA IBRAHIM[Yang Teristimewa]
SRI DIAH[KL Di Mana Suamiku] [Jangan Ada Dusta] [Janji Kasih]
SYAMIMI AMINOLAH[Air Mata Kasih] [Dalam Dakapan Kasihmu] [Andai Ku Miliki Semalam] [Ada Rindu Di Wajahmu...]
SYUD[Kebun Mimpi - Tas Merah Jambu] [Tentang... Dhiya]
ZAHARAH MUHAMMAD[Hatiku Milikmu]
ZURAIDAH OTHMAN[Komp. Ada Cinta di Matanya]
ZAID AKHTAR[Salju Sakinah]
ZARA ALUWI[Belahan Jiwa]
ZULIANA ABUAS[Viva Sakura]
|
|
|
 |
|
Wednesday, January 02, 2008
RAGAM SEKEPING HATI - Azizah Johor

'I tahu you sayangkan I. Tapi you tak boleh hidup hanya dengan kasih sayang. You lelaki. Kasih sayang seorang lelaki tak akan sempurna jika tak dilahirkan dengan sentuhan...'
Dia menjadikan kenangan pahit semalam suatu yang indah dan berharga hari ini. Kerana hanya itu yang dia ada. Hanya itu yang termampu dimiliki olehnya. Selainnya kelukaan... Selebihnya dia tiada pilihan... Pilihan yang benar-benar pilihan...
Ainon benar tidak menyangka, orang yang disayangi dan juga suaminya telah mengenepikannya begitu saja tanpa kata sejak di hari pernikahannya. Maka, Ainon nekad untuk pergi membawa diri pergi jauh dari suami dan juga keluarganya.
Mengenali Ainon, telah membuatkan hati Razman terdorong untuk mengenali wanita itu dengan lebih jauh. Hati Ainon juga menjadi tidak keruan dengan perlakuan Razman kerana dia tahu lelaki itu telah pun punya isteri dan anak, dia juga masih ingat akan status dirinya. Namun, perasaan simpatinya pada Suzy dan Taufik telah membuatkan dia sukar untuk menjauhi dari lelaki itu. Apakah Ainon dapat menerima Razman dan bagaimana pula kesudahan perhubungan mereka berdua? Apakah Suzy boleh menerima calon pilihan Razman?
Konflik rumahtangga begini memang sering berlaku dalam masyarakat sekarang ini. Memang perit bagi seorang wanita untuk berkongsi kasih sayang. Kadangkala, si isteri perlu mengenepikan perasaan itu dan berkorban demi kebahagiaan rumahtangga terutamanya bila si isteri tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya pada si suami dan anak. Kita harus sedar bahawa setiap yang berlaku itu pasti ada penyebabnya, kalau tidak masakan lelaki dibenarkan beristeri lebih dari satu. Mana ada wanita yang mahu dimadukan tapi pada saya dalam perspektif ini, kepercayaan, ketulusan hati dan juga sikap bertolak ansur adalah perlu jika kita mahukan kerukunan dalam perhubungan yang sebegitu. Memang payah tapi kalau sudah itu takdirnya, kita hanya perlu redha. *Amboiiii.. sedap je aku berkata-kata, ntah macam manalah kalau ianya kena pada batang hidung aku sendiri.... kwang, kwang, kwang.... hehehe!
Posted at 9:29 am by MamaErra
Permalink
Friday, December 14, 2007
KOPI SUSU SEPATU BIRU - Ruby Hazri

Kata orang benci itu biarlah berpada, jangan nanti benci berganti rindu pula!
Kata orang lagi jiran sepakat membawa berkat!
Inilah sebuah kisah... tentang jiran di sebelah rumah....
|
Rumah No. 11 |
Rumah No. 9 |
|
Dia gadis kampung yang bekerja sebagai juruwang di sebuah bank di ibu kota. Wajahnya menarik, ramai yang tertarik. Dia hanya berbudi pada yang pandai berbahasa... tetapi pada jiran sebelah rumahnya, jauh panggang dari api. |
Dia lelaki yang punya gaya tidak mudah terpedaya. Setiap tahun menambah usia tanpa sempat mengira. Kadang-kadang selamba, kadang-kadang tak terduga. Prinsipnya jelas: orang sebelah rumah tidak harus diberi hati. |
| |
|
|
Pendapat mereka saling bertentangan, pergaduhan tiada garis sempadan, terjilid dalam pelbagai episod:
* Kereta Perdana vs Kereta Kancil * Kucing si bujang mengemis makan di rumah si dara * Sepatu biru gadis pencetus idea nakal si teruna * Muzik si pemuda bukan selera si pemudi
Namun tiba-tiba ribut berhenti, hujan reda, pelangi sujud kaki langit... ada rasa yang mengocak perasaan. Ada cinta yang bertunas, ada kasih yang tumbuh dan ada sayang yang menjalar.
Kenapa? Siapa? Dan bagaimana?
Semuanya tersusun kemas dalam Kopi Susu Sepatu Biru. Selepas novel Percayalah... inilah buah tangan terbaru RUBY HAZRI dalam nada yang berbeza.
|
Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan dan esok adalah harapan...
Aku boleh habiskan baca novel ni dalam sehari je. Bukan kerana aku tengah cuti sakit tapi yang sebenarnya, jalan cerita novel ni yang buat aku teruja untuk mengetahui plot-plot yang seterusnya. Komedi romantik, kategori yang sesuai untuk novel Ruby kali ini. Berbeza dengan novel sulungnya, Percayalah... Apa-apa pun, aku takkan mengulas panjang - rasanya sinopsis yang panjang lebar kat belakang novel tu sedikit sebanyak sudah menceritakan segala. Pada pendapat peribadi aku la, memang tak rugi membaca novel ini - tersenyum sendiri membaca insiden-insiden yang berlaku di antara penghuni-penghuni rumah no. 9 dan no. 11 itu. Begitu juga dengan keegoan Emilia dan Mat untuk mengakui hati sudah mula menyukai antara satu sama lain. *wink pada K.Su dan K.Yah* - macam buat promo untuk Jemari Seni la pulak ye... hihihi!
Persahabatan dan percintaan diibaratkan dua batang sungai yang bersatu di muara...
Posted at 9:39 am by MamaErra
Permalink
Sunday, December 02, 2007
GERHANA HATI LARA - Hani Sofea

Hati menjadi lara selagi hidup diselubungi gerhana...
Semenjak usia muda, hidup Fatini diselubungi oleh gerhana yang melarakan hati. Kemiskinan keluarganya menjadi umpat keji penghuni kampung Sungai Som. Keadaan menjadi semakin gerhana saat dia mendambakan cinta Adham yang terlarang.
Demi mengubah masa depan keluarga, Fatini berhijarah ke kota. Kekasih hatinya, Adham telah melamar Mastura, sahabat baiknya sendiri. Lara hatinya hanya Tuhan yang tahu.
Namun luka di hatinya diubati oleh lambaian kasi Azuan. Malangnya, kebahagiaan itu sesaat cuma. Fatini kehilangan dua insan tercinta sekali gus dan dirinya menjadi cacat. Dia terumbang ambing melawan gelora disisikan oleh darah daging sendiri. Celaka datang bertimpa apabila rahsia diri Adham yang sebenar terbongkar.
Apa yang boleh aku katakan, jalan ceritanya agak lain dari yang lain. Perlu membacanya dengan agak teliti supaya tidak tercicir satu cerita pun dari banyak cerita yang diselitkan di dalam novel ini. Memang tidak pernah terfikir pun yang abang dan adik boleh jatuh cinta dan berkasih. Aku memang tak pernah mendengarnya di alam realiti (pada akulah, tak tahulah pada pembaca lain). Rasa macam tak masuk di akal lansung. Tapi tiada yang mustahil di dunia ini. Banyak yang aku pelajari dari jalan cerita novel ini. Pada aku, sebagai penulis baru... Hani Sofea berjaya memaparkan kelainan jalan cerita dalam novel beliau dan juga banyak perkataan baru yang aku pelajari dari novel ini. Teruskan menulis untuk menghasilkan karya-karya yang lebih baik lagi di masa akan datang.
Posted at 7:34 am by MamaErra
Permalink
Wednesday, November 28, 2007
...HULURKANLAH KASIHMU - Siti Rozilah

"Kalau kau menyimpan kebencian dan dendam yang sarat di sudut hati kau... percayalah, kau takkan berjumpa bahagia!"
Bukan sedikit luka hati ini tercarik. Bukan sehari dua pedih denyutannya menyurut... bertahun! Merawat luka di hati, tak sama dengan merawat luka di jari. Lalu di sini aku berkelana sendiri-sendiri... mencari kekuatan atas sebuah kehilangan... ratapan yang ada waktu-waktunya tidak mampu ku sembunyikan. Iskandar, sakitnya mengenang cinta kita yang tidak kesampaian. Sakit lagi tatkala namamu tak mampu kukuburkan di balik timbunan puing-puing salji yang membeku... lantas salahkah rasa sakit ini kubawa pulang untuk menjadi dendam?
Selepas membaca novel ini, terdetik di hati ini... andaikata aku berada di tempat Minarni, aku juga mungkin akan berbuat perkara yang serupa. Aku mesti bersemuka dengan Iskandar yang telah mengecewakan aku dan buktikan kepadanya yang aku masih lagi boleh meneruskan kehidupan aku seperti orang lain walaupun tanpa dia di sisi. Malah aku akan mencekalkan hati aku agar tidak termakan dengan pujuk rayunya untuk menyambung semula ikatan yang telah dia putuskan suatu waktu dulu. Cuma kalau boleh aku tidak mahu jadi macam Minarni, sanggup melukakan hati dan mengecewakan perasaan Norman... sedangkan dia sudah tahu bangaimana Norman begitu menyayanginya lebih dari segala. Kehadiran Airin, Farhana dan Datuk Mukhri dalam kancah perhubungan mereka hanya untuk 'memeriahkan' jalan cerita. Namun begitu, jangkaan aku tepat... mereka akhirnya bersatu juga. Apa-apa pun, seperti novel beliau yang pernah aku baca sebelum ini - Di Antara Dua Persimpangan, Arca Di Cermin, Biarkan Aku Sendiri dan Titipkan Aku Bahagia, aku suka dengan cara penulisan dan juga bahasa yang disampaikan.
Posted at 2:50 pm by MamaErra
Permalink
Sunday, November 11, 2007
ZAHRAH DE TIGRIS - Khairyn Othman

Zahrah de Tigris… adalah Khairunnisa Si Kembang Tigris…
Anak gadis dari Malaysia yang menuntut di Tanah Ratu ini, memang degil orangnya. Dilarang makin keras, dirayu pula makin tegar. Dia berkelana bersendirian mencari sebuah cinta. Cinta yang paling hakiki: cinta Rabbul Izzati.
Nisa pasrah menerokai sebuah kota yang pernah menjadi puncak peradaban Islam suatu waktu dulu. Kota Baghdad yang pernah terkenal dari masyrik ke maghrib itu sedang berantakan: dihamburi mortar dan peluru. Cerita pilu, Kota Negeri Seribu Satu Malam itu menjadi Kota Ngeri Seribu Satu Malam.
Menjadi guru dan jurubahasa, membuatnya mudah memahami budaya orang-orang di Lembah Tigris. Begitu sudah di situ lain pula ujiannya; dia terpaksa keraskan jiwa, kuatkan semangat tetapi perlahan-lahan hati perempuannya diketuk jua. Namun cinta mereka tak mungkin bersatu kerana Doktor Patrick Devereux, seorang ateis.
Hayatilah sebuah novel adventure-spiritual daripada penulis yang pernah menjadi Wartawan Terbaik Bahasa Inggeris 2003. Sebuah cerita, yang harus dihayati oleh siapa sahaja yang cintakan kemanusiaan sejagat.
Aku suka novel ini, bukan saja dengan 'bear' yang comel itu... malah pengalaman yang dilalui oleh Nisa di Kota Baghdad. Banyak perkara yang aku pelajari dari cerita-cerita Nisa itu, kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya beruntung kerana dapat tinggal di negara yang aman dan harmoni. Bacalah kalau nak tahu kesudahan hubungan Nisa dan Doktor Patrick Devereux... dan siapa pula Doktor Taufik Hidayat yang muncul di kala Nisa ingin mengubati kesedihannya?
Posted at 2:08 pm by MamaErra
Permalink
Tuesday, October 02, 2007
BULAN BERBISIK - Samsiah Mohd Nor

Sinopsis di belakang novel:
Andai malam bisa merisik, pasti purnama akan berbisik. Berbisik tentang cinta... tentang derita... tentang madu... tentang hempedu. Menikmati keindahan purnama di sebalik jendela, Khadijah sedar bualan ciptaanNYA penuh rahsia, bagai mengungkap rahsia dirinya. Bila rasa ngilu kian terasa, dia mengembara mencari diri.
Kusedari... betapa semala ini aku tertipu dengan bayang-bayang mentari, sedangkan rembulan sudah lama menghuni. Kuakui... mengujiku adalah mainanMU. Memberi juga adalah limpah kurniaMU. Mengambil juga adalah hakMU. Justeru, aku kian berani menempuh realiti ini.
Lalu, Khadijah mencai Aima. Mahu dilamarnya. Namun di mana? Aima Adawiyah mencari satu pengabadian tapi dia bertermu cinta. Cinta yang pernah dihumban jauh dari hidupnya. Hatinya menjadi celaru, langit jiwanya berubah biru.
Di persimpangan. Khadijah dan Aima bertemu. Kedua-duanya mengusung makna cinta yang ketara berbeza.
Ujar Khadijah... Jangan kau menangis, perempuan... kerana lara itu. Menangislah kerana DIA yang telah menciptamu.
Akur Aima... Aku menangis kerana lanjurku. Yang kucari cinta bermata tapi sayangnya bertemu cinta nan buta.
BULAN BERBISIK... sebuah cerita mencari diri yang hilang...
Sinopsis yang kupetik dari laman web Alaf 21
Komen aku:
Aku tidak perlu mengulas akan jalan cerita novel ini kerana sinopsisnya telah aku paparkan di atas. Kala aku membaca novel ini, perasaan aku terbuai dengan lenggok bahasa yang dikarang begitu indah sehinggakan aku berasa seolah-olah berada di awangan... Memang payah untuk kita perolehi novel yang sebegini pada masa ini.... Namun aku percaya, hanya pembaca-pembaca yang seangkatan denganku yang suka dengan novel yang begini. Pembaca perlu mengambil masa untuk menghayati dan memahami bahasa-bahasa puitisnya... Bukan apa, pembaca-pembaca muda sekarang ini aku lihat lebih cenderung kepada novel-novel cinta yang punya bahasa yang ringkas dan bersahaja untuk bacaan santai mereka... Itu sebab kadang-kadang, novel-novel begini agak sukar dijangka sambutannya di kalangan peminat-peminat novel Melayu. Walaupun begitu, aku begitu kagum dengan cara SMN membangunkan watak Khadijah dalam novel ini. Aku sendiri pun tidak boleh menjadi sesabar dan setabah Khadijah dalam meladeni kehidupannya bersama suami dan juga mereka-mereka di sekelilingnya. Syabas SMN!
Posted at 9:07 am by MamaErra
Permalink
Tuesday, September 25, 2007

Bahasa diamlah yang paling sukar. Dalam diam ada seribu pengertian. Dalam diam ada seribu soalan. Dalam diam ada seribu jawapan. Dalam diam ada seribu tafsiran. Dengan diam orang boleh berkata 'aku cinta padamu'. Dan dalam diam orang boleh berkata 'kita tidak sehaluan lagi'.
Dunia Kamal dan Dani berbeza. Namun takdir telah mempertemukan mereka. Pembunuhan bersiri adalah "lantai" untuk mereka saling mengenali; mencari jalan keluar dari labyrinth yang membelenggu mereka!
Kamal
Cinta dan rindu seperti kopi... pahit! Setia pula adalah gulanya. Kopi dan gula adalah kepahitan yang manis. Kenapakah cintanya sudah tidak bergula lagi?
Dani Kadang-kadang dalam riuh di luar, di dalam begitu sepi. Seperti ada tembok yang memisahkan. Seperti gagalnya laut menakluki sungai dengan masinnya. Riuh itu laut dan Dani itu sungai...dan Maira?
Maira Cintaku kepada-Mu adalah laut tanpa pantai... hujan tanpa awan. Rinduku kepada-Mu adalah mabuk tanpa anggur... makan tanpa kenyang!
Bahasa diamlah bahasa yang paling sukar. Dalam diam ada seribu pengertian. Dalam diam ada seribu soalan. Dalam diam ada seribu jawapan. Dan dalam diam ada seribu tafsiran. Dengan diam orang boleh berkata, aku cinta padamu. Dan dalam diam juga orang boleh berkata, kita tidak lagi sehaluan.
lalu diam yang bagaimanakah aku dan Maira?
lalu diam yang bagaimanakah aku dan Natasya?
Seorang diri dia memasuki labyrinth... berjalan dan terus berjalan: jalan yang berselirat. Dia harus memilih, namun setiap pilihan adalah halangan, lalu dia mencipta jalannya sendiri. Dia tahu, pembunuh itu berada dekat dengannya. Siapa?
'Cinta tidak boleh meruntuhkan tembok... tetapi cinta boleh meruntuh lelaki si pembuat tembok..'
Romantis-thriller, aku suka novel ini. Bertambah lagi nama penulis romantis-thriller lelaki yang aku minati selain RAM, Abdul Rahim Awang, Abdul Talib Hassan dan Norhisham. Bermula dengan membaca Vendetta di dalam Gurindam Jiwa, aku tidak teragak-agak untuk membaca karya Imaen yang seterusnya.... dan memang ianya tidak mengecewakan. Tak perlu ulas panjang-panjang... aku sarankan, lebih baik baca supaya anda dapat merasa apa yang aku rasa kerana ianya tidak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata. Di samping itu juga, banyak informasi yang bakal anda diperolehi dari novel ini... Tahniah Imaen!
Posted at 5:06 pm by MamaErra
Permalink
Wednesday, September 19, 2007
MOGA KAU MENGERTI - Lily Haslina Nasir

....cinta yang dilepaskan pergi itulah cinta yang paling dalam bersemadi di dalam hati!
Perpisahan membuatkan Adeena Adalia sengsara menanggung rindu. Semakin disisih wajah dan nama Kamali dari ingatan, semakin memanggil-manggil kerinduan di jiwa. Sepuluh tahun berlalu, dia tidak pernah berputus asa menanti agar dipertemukan de-ngan lelaki itu.
Melayari lautan kehidupan yang sesekali bergelora mempertemukannya dengan Dr. Adib yang nyata kasihnya sebening air dari pergunungan. Dia cuba memujuk diri menerima huluran cinta itu. Namun, setiap ceruk hatinya hanya menyebut nama Kamali.
Kehadiran e-mel daripada Wani membuka jalan untuk Adeena menghubungi Kamali semula. Biarpun di persimpangan yang amat mengelirukan, hatinya memilih jejaka yang dikenali sejak di bangku sekolah. Sihir cinta yang dirasai amat luar biasa. Tetapi syurga yang dicari bersama Kamali rupa-rupanya neraka yang tiada penghujung. Cinta lelaki itu tidak mengharum di jiwa.
Abang... Adakah aku yang khayalkan kasih sayangmu Hingga aku tertanya-tanya siapa yang lebih luhur setia Tapi kau lukakan hati ini hingga kecewa Aku derita setelah menyanjung cintamu.
Adeena masih tidak berhenti berdoa, masih mengharap agar Kamali mengerti. Cinta bukan untuk dipersenda. Namun, bercahayakah cinta di hati setelah dihancurluluhkan?
Cinta, mengapa lagi dirindu semakin jauh perginya!
Cinta pertama, tidak semestinya berakhir dengan kebahagiaan... dan selalunya cinta kedua itu lebih baik dari yang pertama. Maka, janganlah serik untuk memulakannya untuk sekali lagi... Itulah yang dapat aku rumuskan.
Cinta itu tidak indah kalau tidak terseksa...
Aku ini tidak pandai untuk mengulas panjang-panjang. Apa yang boleh aku katakan di sini, aku suka dengan ceritanya. Sangat suka... Bunga-bunga bahasanya membuai perasaanku... Lily pandai mengolah ayat-ayat yang boleh menerbitkan pelbagai perasaan ketika membacanya. Terus terang aku katakan... aku menangis bila tiba di bahagian penghujung novel ini. Oleh itu, tidak keterlaluan kalau aku katakan bahawa nama Lily sudah boleh diletakkan sebaris dengan nama penulis-penulis novel terkenal di Malaysia. Syabas Lily... tak sabar pula menanti kelahiran karya yang seterusnya.
Posted at 1:39 pm by MamaErra
Permalink
Tuesday, September 18, 2007
AIR MATA CINTA - Rabiatul Adawiyah

Airmata... jangan tumpah lagi kerana aku tidak berdaya lagi menagih cinta.
Ku jejak kasih semalam, mengharung rindu yang telah tertahan. Rintangan dan dugaan mendatang ku harungi demi cinta dan kasih yang tidak berpenghujung. Takdir yang datang kuiringi dengan doa, penuh keinsafan. Kesabaran ini kupertahan demi kasih seorang anak. Lalu aku kembali ke dunia realiti mencari kekuatan yang hilang. Namun langkahku kaku kerana ku tahu kau masih ada di situ.
Jalan ceritanya biasa saja... kisah yang biasa berlaku dalam masyarakat hari ini dan kalau tak silap, suatu ketika dulu aku pernah menonton sebuah drama yang mirip kepada jalan cerita novel ini tapi aku tak ingat tajuknya dan bila aku menontonnya. Kisah seorang ibu tunggal (Sapura) yang membesarkan anak seorang diri, anak (Nabila), yang tiba-tiba saja mendapat tahu akan kewujudan bapanya (Badrul Hakimi), ibu tiri (Nurul) dan abang kandung (Amirul Affendi). Malah terus berasa takut untuk meneruskan hubungan dengan kekasih (Amir Hamzah) ekoran dari peristiwa silam bapa yang baru dikenalinya. Kesudahannya, ada yang gembira dan ada yang terluka dengan keputusan yang telah Nabila buat....
Kali ini aku ada komen sikit pasal novel ini. Aku rasa editor perlu lebih peka kepada penggunaan Bahasa Inggeris di dalam kata nama ganti diri yang tidak konsisten di dalam dialog antara watak-watak dalam novel ini. Contohnya, dialong antara Nabila dan Fendi - ada ketika guna 'saya' dan 'awak' dan ada ketikanya guna 'i' dan 'you'... begitu juga dengan dialog antara Nabila dan Amir. Aku sebenarnya tak berapa pandai dalam bahasa penulisan ini... tapi macam konfius sedikit bila membacanya. Penggunaan kata nama ganti diri kadang-kadang menjadi satu 'trademark' kepada sesuatu watak dalam sesebuah novel itu. Jadi aku rasa ianya penting juga dalam sesuatu cerita itu. Harap tidak ada yang tersinggung dengan komen aku ini kerana ini hanya pada pandangan peribadiku saja.
Terdetik di hatiku: Mungkin sudah menjadi lumrah alam... Mungkin kerana itulah aku terlalu mengikutkan sangat perasaan kecewa bila membaca karya-karya novelis baru di pasaran, kerana itulah juga agaknya aku ini agak memilih dan selalunya aku lebih mendahulukan membeli/membaca karya-karya novelis favourite yang sudah ada nama... contohnya seperti Khadijah Hashim, Abdul Rahim Awang, Fauziah Ashari, Fatinilam Sari, Abdul Talib Hassan, NB, Noor Suraya, Sharifah Abu Salem, Anis Ayuni, Norzailina, Samsiah Mohd Nor, RAM, Aisya Sofea, Aina Emir, Elias Hj Idris, Lily Haslina, Siti Hazneza dan lain-lain lagi yang tak dapat aku senaraikan di sini. Aku rasa pembaca di luar sana pun mungkin punya perasaan yang sama sepertiku.
Posted at 7:27 am by MamaErra
Permalink
Tuesday, September 11, 2007
AJAK KADIR MENCARI BUKU SAKTI KASYORGA - E. M. Muhammad

Ajak mula berkawan baik dengan tiga orang 'kanak-kanak sakti' bernama Samrin, Ella Vie dan Naina, walaupun pada mulanya Naina tidak suka kepadanya. Ajak tetap berusaha untuk berkawan dengan mereka dan dia tidak menyangka, dia akan mengalami pengalaman yang sering diimpi-impikannya selama ini. Pengalaman melihat sendiri keajaiban yang mampu dilakukan oleh 'orang sakti', pengalaman membantu 'orang sakti' mencari buku sakti Kasyorga dan juga pengalaman bertempur dengan kusub-kusub busuk yang menjadi musuh kuat orang sakti. Ayuh! Sama-sama kita mengalami pengalaman tersebut dengan Ajak!
Komen dari Ayee: "Best! Ada sikit-sikit macam cerita Harry Porter. Ada sambungan tak, Mama?"
Aku juga membaca novel ini sebaik saja aku dengar komen dari Ayee... tak pernah aku lihat dia begitu khusyuk membaca novel sehingga dia boleh menghabiskannya dalam masa beberapa hari saja. Teruja juga nak tahu jalan ceritanya. Tapi memang betul kata Ayee, best. Ianya lain dari yang lain.... dan bukan senang nak menulis cerita yang sedemikian sebenarnya... Tak perlulah aku ulas dengan panjang lebar, bacalah kalau nak tahu apa yang terkandung di dalamnya....
Posted at 1:54 pm by MamaErra
Permalink
|
|
|