Sunday, March 23, 2008
ANAK PEREMPUAN KABARET - Elias Hj Idris

Sinopsis:
Nurul Fasha, anak seorang perempuan kabaret mencari lelaki yang membuatnya lahir di atas muka bumi ini. Dalam pencarian itu dia menempuh saat getir penuh danur dan pura-pura kota. Namun dia meniti kejayaan dalam kerjaya modellingnya. Dalam pada itu hatinya tersangkut pada Imran yang memilih Amelia. Sayang lelaki itu disihirkan ibu mertuanya yang sering menyelap. Ada kain berdarah dan jenglot lagi. Nurul Fasha menemui lelaki yang dicarinya itu... siapa?


Lama sudah aku tidak membaca novel karya penulis veteran ini. Agak lama dia  'hilang'. Pengalaman 'orang lama' dijadikan intipati jalan cerita dalam novel ini. Ia mengisahkan rencah kehidupan masyarakat masa kini yang penuh dengan onak dan duri tanpa mengira di bandar atau pun di kampung. Kalau ada duit segalanya boleh jadi dan kerana duit juga manusia jadi buta hati, lupa pada agama dan asal usul. Jalan cerita yang agak berat tapi apa yang buat aku suka tentang novel ini, penulis juga menyelitkan unsur-unsur agama yang boleh dijadikan panduan kita bersama. Tapi aku rasa, generasi muda kurang minat untuk membaca novel ini kerana jalan ceritanya agak 'berat', aku sendiri mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskannya. Walau bagaimanapun semuanya terpulang kepada selera masing-masing kan?

Posted at 6:59 pm by MamaErra
Comments (3)  




Saturday, March 22, 2008
AKU YANG DITINGGALKAN - Nor Rafishah Md. Hassan

'kelukaan ini menjadi penawar kasih kita'

SINOPSIS :-
Cinta pertama sukar dilupakan. Bagi Sutina, pengalaman jatuh cinta membuatkan dia ingin melupakan kisah silamnya. Dia gigih mengusahakan restoran makanannya bersama rakan kongsinya, Yusma dan aktif sebagai sukarelawan untuk badan kebajikan.  Ketika Sutina cuba mengubat luka di hatinya, Taufik Hidayat dan Isham, sahabat baiknya suatu ketika dahulu muncul dalam hidupnya. Taufik menyenangi Sutina yang mengambil-berat akan keadaan anaknya, Safiya yang cacat. Isham pula cuba mendekati Sutina dengan menawarkan diri menjadi rakan kongsinya. Namun kedua-duanya pernah melukakan hati Sutina tanpa mereka sedari.  Keadaan menjadi tegang bila bekas isteri Taufik kembali. Taufik tekad melamar Sutina manakala Isham menghantar rombongan meminangnya. Siapakah yang berjaya memujuk luka hatinya? Dapatkah Sutina melupakan luka kisah silamnya dan menyemai kasih baru? 


"Ketika mencintai, kau tidak melihat kepada kekurangannya. Apabila membenci, kau telupa kepada kebaikannya."

Pertama kali aku membaca novel nukilan penulis ini. Selalunya aku hanya melayari laman webnya saja. Not bad! Jalan cerita yang biasa-biasa saja tapi cara penyampaian dan gaya bahasanya memenuhi citarasa aku. Tak perlulah aku ceritakan di sini dengan panjang lebar kerana dalam sinopsis di atas telah menceritakan semuanya cuma anda perlu membaca novel ini untuk mengetahui kesudahan ceritanya.

Posted at 9:06 pm by MamaErra
Make a comment  




Saturday, March 15, 2008
RINDU CINTAKU - Fauziah Ashari

Sinopsis Belakang buku:

Izzah tercari-cari ketika dirinya hilang ingatan. Mimpi-mimpi ngeri tentang suaminya berkunjung datang dalam kotak minda menambah kekeliruan, menjadikan dia kedinginan dalam cinta Hariz yang sentiasa membara. Izzah pulih saat konflik memuncak dan dia tak berdaya untuk menggalas beban yang membelenggu hati bila cinta suami ditagih insan lain walau maruah menjadi taruhan.

Hariz yang keresahan terus dilanda tsunami permasalahan. Neraca karma beralun ganas melibas keegoaannya. Hariz hilang punca, hilang kuasa dan hilang Izzah. NAmun membuang cintanya pada isteri tercinta tidak pernah wujud dihatinya walau dalam keterpaksaan.

Andainya mampu ditebus kesilapan apakah harga yang perlu dilunaskan? Rumahtangga? cinta tak kesampaian? Kesetiaan? Maruah? Atau.... Nyawa?


Novel ini adalah sekuel kesinambungan dari Ombak Rindu, Setia Menanti dan Cinta Tiada Akhirnya. Masih lagi berkisar kisah-kisah rumahtangga Hariz dan Izzah dan juga kemelut antara Hariz dan 'adik'nya di dalam Sufiah Holdings. Dia telah disisih keluar dari Sufiah Holdings hanya disebabkan oleh orang ketiga yang berdendam dengannya. Watak-watak yang terdapat dalam Ombak Rindu muncul kembali dan membawa pembaca ke dunia kejahatan dan penuh maksiat yang tidak terfikir oleh pembaca yang tenang. Pelbagai dugaan perlu ditempuhi oleh Hariz mahupun Izzah. Apakah Hariz dan Izzah masih lagi dapat mempertahankan rumahtangga mereka di pengakhiran cerita?

Pada aku, novel yang bersambungan begini selalunya punya jalan cerita agak 'hot' hanya setakat novel ke-2. Bila masuk novel ke-3 dan seterusnya, perasaan hambar mula menyelubungi minda ketika membacanya. Bukan apa sebagai pembaca, aku mula bosan dengan watak-watak yang sama dan jalan cerita yang 'pi mai pi mai tang tu' juga... Ini hanya pandangan aku semata-mata... lain orang lain citarasanya.

Posted at 10:58 am by MamaErra
Make a comment  




Thursday, March 13, 2008
BUNGA-BUNGA KEMBOJA - Aina Emir

Mawar,

Sudah lama aku ingin mengatakan sesuatu kepadamu, tetapi malangnya, aku tak berani untuk Meluahkan perasaanku ini. Selama ini, aku tidak pernah nyatakan kepada sesiapa jua. Hari ini, aku hanya ada engkau sahaja sebagai teman. Tiada lagi ibu bapa, tiada lagi saudaramara Dan tiada lagi teman, kecuali kau, mawar.

Pernah satu ketika dahulu, aku jatuh cinta dengan seorang wanita yang cantik dan comel dan bertahun-tahun lamanya Kami beradu kasih ,tetapi malangnya cinta kami tidak kesampaian. Dia telah meninggalkan aku untuk orang lain. Kerana perpisahan itulah, aku telah membawa diri merantau ke Negara orang, nun jauh di utara. Ketika itu, Tiada niat lain kecuali berhijad untuk agamaku.

Semasa di perantauan itulah, aku telah bertemu dengan rakan baikmu, juga wanita yang cantik dan menarik kerana agamaku Aku telah ,mngorbankan diriku untunya namun ,ikhlas aku lakukan untuknya.

Mawar,

Sekalipun aku cuba untuk menjadi lelaki yang baik , namun sebagai manusia biasa, aku masih lemah . kerana kelemahanku Itulah kerap terumbang-ambing ,tidak tahu menangani emosiku. Aku tersepit antara cinta pertamaku dan perasaan sayang Yang ada pada temanmu itu. Suatu ketika dahulu, aku tidak tahu keputusan apa yang patut kupilih.

Maafkan aku mawar… sekiranya di matammu dan rakan baikmu itu, aku tidak kelihatan seperti seorang wira walaupun itu Aku tidak kelihatan seperti seorang wira, walaupun itu yang mahu aku lakukan , sampaikan salam ku kepada rakan baik mu Itu.. katakanlah yang dia masih teristimewa buatku.

Salam,

Muhammad Nabil Arief


Cara hidup Nabil dan Qahira memang lain dari pasangan-pasangan yang sudah bergelar suami isteri kerana Nabil menikahi isterinya itu hanya atas dasar tanggungjawabnya pada agama. Namun, lama-kelamaan dia menjadi keliru dengan perasaannya sendiri. Tetapi cinta pertama memang sukar untuk dilupakan dan diusir pergi, apakah Nabil akan kembali semula kepada Amelia dan meninggalkan Qahira? Ada kelainan dalam jalan ceritanya, cuma aku kurang gemar dengan watak Nabil seorang lelaki yang agak lemah dan tidak tegas dalam menangani masalah yang dihadapinya. Namun aku suka dengan watak Qahira, dia tegas dan pandai mengawal perasaan malah sentiasa merendah diri kerana dia tahu menghargai budi insan yang telah membantunya walaupun dia punya segalanya.

Posted at 7:54 am by MamaErra
Make a comment  




Tuesday, March 11, 2008
SYURGA DI HATI - Salina Ibrahim

Nurul Khadijah
       Menjengah ke kamar ini... terasa bagai baru semalam kasihnya dibawa perhi Ku Aris. Masih terasa-rasa sedihnya. Masih terbawa-bawa rawannya. Kenangan-kenangan indah yang tidak mampu dikuis. Kian ditepis, kian menjeruk di ruang rasa. Menghitung rindu yang tidak berkesudahan. Nurul Khadijah sedar, sampai bila dia harus sendiri melayan hati. Sampai bila dia mahu menyisih daripada Ku Adam yang umpama Jelmaan Ku Aris itu?

Ku Adam...
       Dia tidak akan mengkhianati kasih saudara sendiri kiranya Nurul Khadijah masih milik Ku Aris. Dia bukan insan kejam... dia masih waras dalam tindakan. Namun kini Ku Aris telah pergi menginggalkan seorang isteri yang terlalu baik hatinya... yang ikhlas budinya, yang cantik rupa parasnya... yang selama ini sering bermain-main di hati, ingin surinya juga sebaik dan secantik kakak ipar yang disayangi. Sedang dalam diam hatinya juga mula jatuh sayang. Dan tidak salah rasanya dia memilih kakak ipar sendiri untuk dijadikan suri. Kerana Hanya bulan dan matahari sahaja yang mustahil untuk disandingkan...


Jalan cerita yang biasa saja, apa yang aku suka tentang novel ini adalah cara penyampaian bahasanya disamping penggunaan perkataan-perkataan yang agak baru pada aku - bolehlah menambah vokabulari Bahasa Malaysia aku. Namun begitu aku puji cara Nurul Khadijah menjaga tatasusila dengan baik sealiran dengan status dirinya terhadap lelaki-lelaki yang menaruh minat kepadanya. Dia tidak cepat 'melatah', malah bijak menangani masalah-masalah yang datang melanda pada dirinya, keluarganya dan juga perniagaan arwah suaminya. Pada aku, banyak yang aku pelajari dari novel ini.

Posted at 10:07 am by MamaErra
Make a comment  




Monday, February 25, 2008
KASIH TAK BERMUSIM - Azizah Johor

Walau di mana kau berada, kasih ini tak pernah mati. Tetap subur dan mewangi sepanjang zaman. Tetap utuh, tetap teguh menjadi tugu di hati kita, Betapa pun aku mencintaimu, kau tetap bukan milikku. Aku tak berdaya membuang rindu dan cinta ini walau beribu batu aku sembunyi. Aku ingin menatap wajah beningmu. Mendakap bayang-bayangmu, hanya itu yang mampu aku miliki.


Terlalu banyak yang tak diduga akan berlaku sepanjang kita mengharungi ranjau kehidupan. Namun kita seharusnya terima dan redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan olehNYA untuk kita. Itulah yang terjadi terhadap Nora. Tiba-tiba dia dikejutkan dengan perkhabaran tentang kewujudan bapanya yang selama ini disangka telah meninggal dunia dan dalam masa yang sama, insan yang dicintainya sepenuh hati itu juga adalah abang tirinya sendiri. Betapa kecilnya dunia. Namun begitu, kalau sudah tiada jodoh... perpisahan tetap akan terjadi.  Dapatkan Nora menerima kehadiran Noman di dalam hidupnya yang selama ini murung setelah pemergiaan insan yang disayangi?

p/s: Aku masih ternanti-nanti karya terbaru dari penulis ini...

Posted at 6:35 am by MamaErra
Make a comment  




Monday, February 04, 2008
aA+bB - Hlovate

cinta itu, jatuh dari langit atau jatuh dari hati? ~ Addin

Inilah... sebuah kisah perjalanan; perjalanan bersama masa; perjalanan cerita aA + bB. Semua orang belajar, semua orang membesar; tetapi tidak semua orang menjadi dewasa. Selagi hidup bersama masa, maka selagi itu juga yang hidup itu dewasa bersama usia.

Addin mengemukakan teorinya begini:

  1. membesar dan belajar dengan pengetahuan serta pengalaman adalah suatu cabaran
  2. membesar dan belajar tentang hidup serta mengenal diri sendiri adalah suatu hakikat yang tidak dapat dielak

7 tahun kemudian...
Apa yang terjadi apabila doktor dipaksa berkahwin dengan jurutera, yang bukan pilihan hatinya?

Apa yang terjadi kalau sang kepala batu dan sang keras kepala itu harus tinggal sebumbung?

Cerita 'cinta' antara Addin dan Benz, tidak semudah A + B = Aman Bahagia. Ini kerana sejarah mereka bermula lebih awal dari itu. Mereka pernah saling membenci, saling mendendam dan saling membisu sejak zaman sekolah...


Siapa aku pada dia? A pal? A room-mate? A brother? Never a husband? ~ Benz


Setelah 5 Tahun 5 Bulan dan Gurindam Jiwa: Schubert's Serenade, Hlovate kembali mengasah penanya dengan trademark: gaya bahasa basah dan santai.


Sesiapa yang pernah membaca karya Hlovate sebelum ni serta menyukai gaya bahasa penulisannya, pasti tak sabar hendak memiliki novel ini. Aku juga tak ketinggalan dan dalam sehari saja aku sudah berjaya menamatkan pembacaannya. Memang best - ia punya kelainan dalam jalan ceritanya. Tak rugi membacanya.

p/s Kalau tak, masakan stok kat Jemari Seni pun boleh habis ye tak? *wink wink kat Kak Su & Kak Yah - cam promo je... hehehe!*

Posted at 6:17 am by MamaErra
Make a comment  




Thursday, January 24, 2008
AYAT-AYAT CINTA - Habiburrahman El Shirazy

"Sesekali dalam ketenangan sastera Indonesia datang mengejut gelora seni yang tidak tersangkakan. Jika dulu pernah hadir "Ateist", "Perburuan", "Pulang", "Merahnya Merah" dan "Bumi Manusia", kini tampaknya gelora itu datang dalam bentuk "Ayat-ayat Cinta" pula. Ternyata ia adalah sebuah novel yang sangat memujuk dan menghiburkan. Dengan bahasa yang sederhana mengalir, novel ini menghadapkan kita kepada sekolempok mahasiswa Indonesia yang tidak saja tekun menangguk ilmu, malam berupaya mengisi kehidupan dengan penuh sabar. "Ayat-ayat Cinta" memangnya pintar mengheret kita menjejaki - malah menghidu - perhubungan Fahri (Indonesia) dan Maria (Mesir) secara penuh mengajar, menghantar isyarat dan kebijaksanaan baru melalui perhubungan sopan antara insan dua negara. Rasanya memang sesekali kisah cinta yang Islami begini sempat disampaikan dengan penuh tertib. Maka itu, tidak membacanya seperti sengaja melepaskan peluang untuk mencium bau, merasa iklim dan memahami gerak hidup insan Indonesia baru di luar dan di dalam negaranya." 
A. Samad Said - Sasterawan Negara


Benar apa yang dikatakan oleh Sasterawan Negara dalam komennya di atas. Pada aku novel ini cukup 'indah' - bermacam-macam ilmu ada di dalamnya terutamanya yang bersangkut paut dengan Islam. Apa yang boleh aku katakan, tak rugi untuk memiliki novel ini.

Posted at 12:28 pm by MamaErra
Make a comment  




Tuesday, January 22, 2008
Tombiruo, Semangat Hutan & Tombiruo Terakhir - RAM

Sinopsis Tombiruo:
TIGA kali surat wasiat itu dipinda. Empat nama telah disenaraikan. Nama kelima telah disingkirkan. Dua belas pembunuhan kemudian telah dilakukan. Lelaki sadis itu sanggup membunuh kerana nafsu, wang, kuasa dan dendam! Dan setelah 30 tahun, mereka dipertemukan untuk mengatur semula episod hidup yang penuh ngeri.

Sinopsis Semangat Hutan:
BILA Amiruddin terdengar berita mengenai sebuah jet peribadi terhempas di hutan Keningau, memorinya segera terbayangkan Wan Suraya kekasihnya. Benar... gadis itu adalah di antara mangsa yang terlibat. Dengan seorang rakan, Amiruddin bergegas ke tempat tragedi. Saudaranya yang tinggal di hutan juga dihubungi secara psikik untuk turut membantu.

Dalam pada itu, sejenis makhluk aneh berkeliaran di hutan tersebut. Rogon amat digeruni oleh penduduk di pedalaman. Raungannya sahaja boleh mengecutkan perut. Bila ia menerjah, mangsa hanya mampu pasrah menanti ajal. Rogon juga tercium bau manusia di hutan sekitar tempat terhempasnya jet itu.

Di antara Amiruddin dan Rogon, siapakah yang terlebih dahulu menemui Wan Suraya?

Sinopsis Tombiruo Terakhir:
KETERAMPILAN dan imej baru Ejim menggugah hati Wan Suraya, sekali gus mencetus rasa cemburu Dr. Haslia. Ejim yang kini dikenali sebagai Amaruddin, saling tidak tumpah menyerupai kembarnya Amiruddin yang telah meninggal dunia. Munculnya Ejim di Kuala Lumpur menyebabkan Wan Suraya melihat 'Amiruddin' dalam diri lelaki Tombiruo itu.

Wan Suraya yang telah bertunang dengan Tan Sri Nasir tiba-tiba menunda tarikh perkahwinan mereka. Apabila perkara sebenar terbongkar, Tan Sri Nasir yang merupakan penaja utama pembedahan wajah Ejim mula memusuhi lelaki Tombiruo itu. Dia tidak mahu kehadiran Ejim mengganggu gugat cinta sucinya terhadap Wan Suraya.

Kehidupan di Kuala Lumpur rupa-rupanya tidak menjanjikan kebahagiaan. Ejim hidup dengan penghinaan, dugaan dan cabaran. Hasrat hatinya ingin kembali ke Hutan Keningau ditentang Dr. Haslia. Bagaimanapun, hasrat hatinya itu terlaksana jua setelah 10 tahun berlalu. Selama tempoh itu, Ejim telah pun berkahwin dan dianugerahkan seorang anak perempuan. Sekembalinya ke Hutan Keningau, dia mendapati Hutan Keningau bergolak lagi dengan kemunculan 'Seorang Tombiruo'.

Siapa isteri Ejim? Mampukah Ejim menjiwai semula semangat Hutan Keningau setelah 10 tahun berlalu? Tergamakkah Ejim meninggalkan anak dan isterinya demi menyahut seruan semangat Hutan Keningau? Dan siapakah 'Tombiruo Terakhir' yang mengaku sebagai raja rimba di daerah pedalaman itu?

Tombiruo Terakhir... rasailah pergolakan perasaan yang sarat dengan cinta dan kasih sayang, saspens, debaran asmara dan pertelingkahan.



Bagi peminat novel yang bergenre romantis thriller, novel-novel ini memang best! Walaupun agak sibuk, aku tetap cuba mencuri masa untuk membaca novel trilogi ini. Akhirnya aku berjaya juga menghabiskannya dalam masa seminggu saja. Nama RAM sememangnya sudah sinonim dengan nama penulis novel thriller no. 1 di kalangan pembaca novel di tanahair. Hujung bulan ini novel terbaru beliau akan muncul dengan tajuk UNGU KARMILA. InsyaAllah aku tidak akan melepaskan peluang untuk memilikinya.

Posted at 9:43 am by MamaErra
Make a comment  




Wednesday, January 02, 2008
RAGAM SEKEPING HATI - Azizah Johor

'I tahu you sayangkan I. Tapi you tak boleh hidup hanya dengan kasih sayang. You lelaki. Kasih sayang seorang lelaki tak akan sempurna jika tak dilahirkan dengan sentuhan...'

Dia menjadikan kenangan pahit semalam suatu yang indah dan berharga hari ini. Kerana hanya itu yang dia ada. Hanya itu yang termampu dimiliki olehnya. Selainnya kelukaan... Selebihnya dia tiada pilihan... Pilihan yang benar-benar pilihan...


Ainon benar tidak menyangka, orang yang disayangi dan juga suaminya telah mengenepikannya begitu saja tanpa kata sejak di hari pernikahannya. Maka, Ainon nekad untuk pergi membawa diri pergi jauh dari suami dan juga keluarganya.

Mengenali Ainon, telah membuatkan hati Razman terdorong untuk mengenali wanita itu dengan lebih jauh. Hati Ainon juga menjadi tidak keruan dengan perlakuan Razman kerana dia tahu lelaki itu telah pun punya isteri dan anak, dia juga masih ingat akan status dirinya. Namun, perasaan simpatinya pada Suzy dan Taufik telah membuatkan dia sukar untuk menjauhi dari lelaki itu. Apakah Ainon dapat menerima Razman dan bagaimana pula kesudahan perhubungan mereka berdua? Apakah Suzy boleh menerima calon pilihan Razman?

Konflik rumahtangga begini memang sering berlaku dalam masyarakat sekarang ini. Memang perit bagi seorang wanita untuk berkongsi kasih sayang. Kadangkala, si isteri perlu mengenepikan perasaan itu dan berkorban demi kebahagiaan rumahtangga terutamanya bila si isteri tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya pada si suami dan anak. Kita harus sedar bahawa setiap yang berlaku itu pasti ada penyebabnya, kalau tidak masakan lelaki dibenarkan beristeri lebih dari satu. Mana ada wanita yang mahu dimadukan tapi pada saya dalam perspektif ini, kepercayaan, ketulusan hati dan juga sikap bertolak ansur adalah perlu jika kita mahukan kerukunan dalam perhubungan yang sebegitu. Memang payah tapi kalau sudah itu takdirnya, kita hanya perlu redha. *Amboiiii.. sedap je aku berkata-kata, ntah macam manalah kalau ianya kena pada batang hidung aku sendiri.... kwang, kwang, kwang.... hehehe!

Posted at 9:29 am by MamaErra
Make a comment  




Next Page



MamaErra
September 22nd


Tujuan aku mengadakan blog ini adalah untuk kepuasan diri aku sendiri di dalam mengabadikan minatku kepada sesuatu yang boleh dijadikan sebagai kenangan dan secara tidak lansung ianya juga boleh aku kongsi bersama sesiapa di luar sana yang punya minat sealiran denganku. Apa yang aku tulis di sini hanya pendapat peribadiku semata-mata dan tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak.




Dira Djulaiha's  book recommendations, reviews, favorite quotes, book clubs, book trivia, book lists

Tinggalkanlah Jejakmu Di Sini....



   





<< March 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31


AKU BACA...
Dari Jiwa Rasa
Dina Zaman
Nisah Haron
Ulas Buku
Norra Hassan
Ayu Emelda
Saleha Ahmad
Antu Buku
Novel Cinta Melayu
Novel Melayu
Koleksi Buku Ainil
Bicara Buku
Kaki Buku
Wira Bukit

MASIH SEGAR DIINGATANKU:

A. SAMAD SAID
[Adik Datang] [Hujan Pagi] [Salina] [Sungai Mengalir Lesu] [Di Simpang Jalan] [Di Hadapan Pulau] [Wira Bukit] [Al-Amin] [Langit Petang] [Cinta Fansuri] [Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri] [Daerah Zeni] [Lantai T Pinkie] [Benih Harapan] [Benih Semalu] [Daun Semalu Pucuk Paku] [Warkah Eropah]

ABDUL RAHIM AWANG
[Pulang] [Konspirasi] [Jejak-Jejak Songsang] [Realiti] [Komp. Generasi Yang Hilang] [Mama] [Boneka] [Saka]

ABDUL TALIB HASSAN
[Diari Hati] [Khailee] [Cinta Semalam] [Airani] [Primadona] [Warisan]

AHADIAT AKASHAH
[Budak Setan 1, 2 & 3] [Lagenda Budak Setan] [Hikayat Cinderella] [Katerina] [Nyanyian Ombak Di Hati]

AIDA ADRIANI
[Lafazkan Cintamu]

AIDIL KHALID
[Bila Nysrah Kata Tak Mahu]

AINA EMIR
[Sesuci Cinta] [Seharum Kasih] [Kau Laksana Bulan] [Bunga-Bunga Kemboja]

AINON ZAINI
[Kembara Rindu di Sakura]

AISYA SOFEA
[Selagi Ada Dia] [Gelora Jiwa] [Jauh] [Jendela Hati] [Kau Untukku] [Sehangat Asmara] [Buatmu Kekasih]

ALEYA ANEESA
[Semusim Rindu] [Kasih Antara Kita] [Janjiku Bersamamu]

AMARUSZATI NOOR RAHIM
[Bila Sena Kembali Berbunga 1 & 2]

AMIR HUSAINI
[Ombak Senja]

ANIS AYUNI
[Gemersik Kalbu] [Manisnya Cinta] [Suara Hati] [Kau Kekasihku] [Seribu Kali Sayang]

ANTASYA BALKIS
[Bila Hati Berbicara]

ANWAR RAZALI
[Asmara Seribu Cinta]

ATHIRAH NATASHA
[Gerimis Kasih]

BAHRUDDIN BEKRI
[Detektif Bertudung Hitam] [Doa Untuk Aku] [Dunia Aku Sederhana Kecil]

BIKASH NUR IDRIS
[Sambutlah Cintaku]

DAMYA HANNA
[Bicara Hati] [Sepi Tanpa Cinta]

DINA NAJAT
[Seteguh Kasih Aina Najihah] [Cinta Lukisan Jiwa] [Takdir Cinta]

DR AZIZAH JOHAR
[Kasih Tak Bermusim] [Luka-Luka Semalam] [Ragam Sejeping Hati]

DR HM TUAH
[Original] [Inikah Cinta]

EBRIZA AMINNUDIN
[Dambaan Pilu] [Apa Kata Hati] [Aku Cinta Kamu]

EITA ASHYTA
[Kasih Seharum Lavender]

ELIAS HJ. IDRIS
[Bunga Bukan Semusim] [Kehilangan] [Pilihan Kedua] [Anak Perempuan Kabaret]

FATINILAM SARI AHMAD
[Kaulah Satu][Perempuan Tanpa Dosa] [Kesturi] [Cenderawasih] [Megalomania 1 & 2] [Jangan Tinggal Daku] [Antara Dua Hati] [Saat Hilang Cintamu]

FAUZIAH ASHARI
[Duri] [Ombak Rindu] [Segalanya Cinta...] [Pergilah Sepi] [Setia Menanti] [Rindu Cintaku]

HABIBURRAHMAN EL SHIRAZY
[Ayat-Ayat Cinta]

HALINA KAMARUDIN
[Sentuhan Kasih]

HANI SOFEA
[Gerhana Hati Lara]

HASREEYATI RAMLI
[Demi Cinta Ini]

HLOVATE
[Tunas] [Aa+Bb] [5 Tahun 5 Bulan] [Schubert's Serenade (Gurindam Jiwa)]

IMAEN
[Vendetta (Gurindam Jiwa)] [Labyrinth] [Bohemian]

IZZA ARIPIN
[...Dan Mimpi Pun Bersatu] [Kerana Dia Cinta]

IZZUL IZZATI
[Bukan Cinta Biasa] [Ku Seru Kasihmu]

JAMILAH AHMAD
[Kau Tetap Di Hatiku]

JESSY MOJURU
[Tenda Biru] [Hanya Kau Segalanya]

JOHN NORAFIZAN
[Garis-Garis DeJavu] [Cinderella Cinta] [Tunjukkan Aku Satu Bintang] [Sempadan Tanpa Seri]

KAMSIAH ABU
[Terpenjara Di Kamar Sutera] [Menggamit Syurga Firdaus]

KHADIJAH HASHIM
[Laila Azwa Gadisku] [Cinta Kedua] [Senator Adila] [Mira Edora] [Badai Semalam] [Jalan ke Kubur] [Pelangi Pagi] [Merpati Putih Terbang Lagi] [Belum Masanya] [Di Tengah Kubu]

KHAIRYN OTHMAN
[Zahrah de Tigris]

LAMIA AIMAL
[Tiga Wajah]

LIANA AFIERA MALIK
[Bukan Puteri Lindungan Bulan] [Dan Mimpi Pun Berguguran] [Dia Di Hatiku] [Janji Assila]

LILY HASLINA NASIR
[Aku Ada Kamu] [Epilog Cinta] [Moga Kau Mengerti]

LIZA ZAHIRA
[Cinta Rahsia]

MANJLARA
[Persis Sebutir Pasir]

MAIZURA MOHD EDERIS
[Kiranya Kau Berbohong]

MA LEE CHUSWAN
[Selamat Tinggal Sayang]

MANAF HAMZAH
[Dedaun Hijau di Angin Lalu]

MIMIE AFINIE
[Bisikan Rindu] [Masih Ada Rindu]

MIOR SHARIMAN HASSAN
[Cincin Permata Biru]

MINA MAHANIE
[Seindah Gubahan Kasih]

NAJWA AIMAN @ AIMY NAJWA
[Untuk Kau Dan Aku] [Bahang Selatan]

NASS ALINA NOAH
[Selamat Pengantin Baru Isteriku]

NAZAWATI ABD MANAF
[Kembalikan Kasihku]

NAZURAH AISHAH
[Lili Buat Najah]

NIA AZALEA
[Hati Yang Terusik] [Kau Yang Satu] [Seredup Kasihmu]

NEKMAH MIRDI
[Seadanya Sayang]

NORA ISMAIL
[Serasi Di Hati]

NORHAYATI BERAHIM
[Setiap Jumaat] [Chinta] [Kembalikan Cintaku] [Harum Chempaka] [Sakitnya Sayang] [...Tidak Aku Bersuara...] [Murni Kasih] [Kasih Yang Tercalar] [Biarkan Aku Menangis] [Tiada Batasan Sayang] [Andai Semalam Ku Miliki] [Dia Lebih Mengerti] [Cinta Jangan Kau Pergi] [Egois] [Emosi] [Hati Seorang Wanita] [Inferior] [Noktah] [Sayang Tak Terucap] [Seindah Derita] [Air Mata Kasih] [Dendam Yang Terlerai] [Cinta Pertama] [Hanya Kerana Cinta] [Hati Yang Luka] [Jalinan Memori] [Nota Cinta Buat Mu] [Pesanan Terakhir Seorang Lelaki] [Rindu] [Bunga Kasih] [Setulus Cinta] [Sentuhan Kasih] [Terima Kasih Kekasih] [Untukmu Segalanya]

NORHAZRIANA ABDULLAH
[Hadirnya Cinta]

NORISAH A.BAKAR
[Rinduku di Angin Lalu] [Hati Seorang Wanita]

NOOR SURAYA
[Panggil Aku Dahlia] [Kebun Mimpi...] [Hati Andriyana (Gurindam Jiwa)] [Surat Ungu Untuk Nuha] [Nyanyian Tanjung Sepi] [Rindunya Kian Membara] [Biru Ungu Cinta] [Tanah Andriyana] [Keranamu Ain]

NOR RAFISHAH MD. HASSAN
[Aku Yang Ditinggalkan]

NORZAILINA NORDIN
[Arjuna Hati] [Arca Kasih] [Gemersik Rindu] [Sewangi Kasih-Konflik Terakhir]

NURUL SYAHIDA
[Plain Jane]

OSHUN MUHAMMAD @ E.M MUHAMMAD
[Ninja Kunaharo: Misteri Wira Malam] [Ninja Kunaharo: Misteri Kelubung Putih] [Ninja Kunaharo: Misteri Bomoh Ajaib] [Ajak Kadir Mencari Buku Sakti Kasyorga]

PINGU TOHA
[L.U.V.E]

PITTERIAH ABDULLAH
[Hadirnya Cinta]

PUTERI ANDALAS
[Tanpamu Di Sisi]

RABIATUL ADAWIYAH
[Air Mata Cinta]

RAFIZAH NORDIN
[Cupid Love] [Hari Yang Terluka]

RAMLAH RASHID
[Kabus Senja]

RAMLEE AWANG MURSHID
[Tombiruo] [Semangat Hutan] [Tombiruo Terakhir] [Rahsia Perindu] [Hatiku di Harajuku] [Bagaikan Puteri] [Cinta Sang Ratu] [Ungu Karmila] [Hijab Sang Pencinta] [Personal Justice (ADAM)] [Mikhail]

ROHANI DIN
[Diari Bonda 1, 2, 3 & 4]

ROZITA ABD WAHAB
[Setelah Kau Pergi] [Permata Asmara] [Kasih Bersemi]

RUBY HAZRI
[Percayalah...] [Kopi Susu Sepatu Biru]

RUHANA MD ZAKI
[Alunan Rindu]

RYNSA
[Kebun Mimpi - Albatros: Antara Langin & Bumi] [Relevankah Aku Di Hatimu?]

SABARIAH ARAUR
[Lelaki Terakhir] [Jalur-Jalur Jingga] [Buat Yang Terakhir...] [Inang Sari]

SAMSIAH MOHD NOR
[Bulan Berbisik] [Sejernih Lazuardi] [Anom Suraya] [Cinta Jati Klasik] [Tangisan Bulan Madu 1, 2, 3 & 4] [Anggerik Kota] [Sebening Langit Senja]

SALINA IBRAHIM
[Kombinasi Bunga Cinta] [Syurga di Hati] [Mahligai]

SARNIA YAHYA
[Secantik Anugerah]

SHAHNON AHMAD
[Ranjau Sepanjang Jalan]

SHANIKA LATISHA
[Kasihku Abadi]

SHARIFAH ABU SALEM
[Gerimis Di Hati] [Tak Seindah Mimpi] [Tak Semanis Mimpi] [Tiada Lagi Mimpi] [Pesona Rindu] [Biar Rindu Berlalu]

SITI HASNEZA ABDUL HAMID
[Cemburu Seorang Perempuan] [Angin Dingin Dari Utara] [Setulus Setia Seindah Nama] [Sonata Kasihku]

SITI ROHAYAH ATAN
[Trilogi Wajah Wanita] [Menggapai Pelangi]

SITI ROSMIZAH
[Andai Itu Takdirnya]

SITI ROZILAH @ ZETTY ZAHIRA
[Intan Delila] [Antara Dua Persimpangan] [Arca Di Cermin] [Biarkan Aku Sendiri] [Titipkan Aku Bahagia] [...Hulurkanlah Kasihmu] [Setulus Hati Ika] [Rindu Yusuf Cinta Zulaika]

SITI ZABEHA IBRAHIM
[Yang Teristimewa]

SRI DIAH
[KL Di Mana Suamiku] [Jangan Ada Dusta] [Janji Kasih]

SYAMIMI AMINOLAH
[Air Mata Kasih] [Dalam Dakapan Kasihmu] [Andai Ku Miliki Semalam] [Ada Rindu Di Wajahmu...]

SYUD
[Kebun Mimpi - Tas Merah Jambu] [Tentang... Dhiya]

ZAHARAH MUHAMMAD
[Hatiku Milikmu]

ZURAIDAH OTHMAN
[Komp. Ada Cinta di Matanya]

ZAID AKHTAR
[Salju Sakinah]

ZARA ALUWI
[Belahan Jiwa]

ZULIANA ABUAS
[Viva Sakura]






Click here to e-mail me on any query! Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed