Friday, May 11, 2012
BERSAWANG...

Kesian dengan blog aku yang satu ini... lama sungguh dibiarkan sepi... Tak bermaksud untuk menganaktirikannya sejak adanya Goodreads & FB, cuma tidak punya banyak masa yang terluang untuk mencoret di sini. InsyaAllah, selepas ini akan aku usahakan untuk barang sebuah dua novel yang aku rasa menarik untuk dikongsi bersama. Ribuan maaf aku pohon... *ayat-ayat perasan ~ macam la ramai sangat peminat blog ni kan?*

Posted at 9:33 am by MamaErra
Make a comment  




Wednesday, March 02, 2011
MAAF

Ribuan maaf dipohon kerana membiarkan blog ini sepi begitu saja. Walaupun sudah ada Goodreads tapi tak bermakna aku berniat untuk menganak-tirikan blog ni tau ? *ehh... ada ke perkataan ni?*. Sebenar-benarnya... masa yang buat aku tak berkesempatan untuk mebuat kerja-kerja meng'update'. Alasan orang malas! Ye, memang aku mengaku... bukan apa, kalo kat sini lebih masa diperlukan  seperti upload gambar, taip sinopsis & ulasan jika dibandingkan dengan penggunaan Goodreads yang mana cuma perlu 'click' saja kat novel-novel yang telah tersedia senarai. di situ.. malah jika guna iPhone, di mana-mana pun boleh 'update'... *aku la tu, nampak sangat malas kan?* Bukan malas tapi cuma nak cepat... sebab dalam kesibukkan pun, aku tetap nak 'update' semua novel yang telah aku baca... so Goodreads telah banyak membantu dalam hal ni...

Walaubagaimana pun, aku akan cuba juga 'update' di sini tapi hanya novel-novel pilihan saja la dan bergantung kepada masa yang terluang. Sementelahan itu, kalau nak tengok novel-novel yang telah aku baca... boleh la melayari MamaErra @ Goodreads, tak pun clik jer banner kat tepi blog ni dan kalo nak best lagi... jadi la member... *free promotion for Goodreads nampaknya*

Maaf sekali lagi...

Ceria-ceria selalu!

Posted at 12:31 pm by MamaErra
Make a comment  




Wednesday, June 30, 2010
185 PUISI UNTUK NADINA



Sinopsis:
Borhan bukan lelaki kacak, berambut afro, tidak berpelajaran tinggi dan tidak berduit. Nadina pula gadis cantik, pintar dan anak orang kaya. Mereka bertemu, bergaduh dan akhirnya terhasillah puisi untuk Nadina.

Ulasan:
Kalau rasa nak membaca sambil bersantai, novel ni boleh dijadikan 'teman'. Bukan nak buat promo tapi semua novel BB aku suka... bahasanya yang mudah dan bersahaja bersama jalan cerita yang mencuit hati buat aku tersenyum sampai ke telinga dan kadang-kadang ketawa sendiri tatkala membaca novel beliau.

Apa yang menarik dalam novel ni, ada saja pertemuan yang tak dijangka di antara Borhan dan Nadina dan setiap pertemuan mencipta sejarahnya tersendiri bersulamkan gubahan puisi dari empat lelaki berambut panjang sambil bermain gitar yang akhirnya tanpa disangka menjadikan mereka berdua pasangan yang bercinta.

Masa je yang dengki dengan aku... cam novel ni, belinya tahun lepas tapi hanya dua bulan lepas baru dapat membacanya. Next, 'Kita Hanya di Seberang Jalan' & 'Diari Mat Despatch' on the que. Ntah bila la agaknya dapat membacanya pulak? Soon, bila ada masa nak pergi beli 'Lelaki Berkasut Merah' lak... hu hu hu!

Posted at 10:04 am by MamaErra
Make a comment  




Saturday, May 01, 2010
184 LAGU CINTA - Iejay Zakaria

Sinopsis...
Idzham dan Aleya tak ubah seperti anjing dan kucing. Pantang bertemu, ada sahaja 'ayat-ayat manis' yang dihamburkan. Perseteruan mereka bagaikan tiada akan habisnya. Namun siapa menyangka 'musuh' tradisi itu akhirnya tewas oleh panahan arjuna. 'Sleeping Beauty' itu berjaya dijinakkan oleh 'Encik Perasan Bagus' dengan cara yang begitu mengujakan.

Tika bersama meniti dan membilang hari bahagia, ketika lagu-lagu cinta sentiasa memenuhi ruang hati, Idzham hilang menyepikan diri. Keindahan cinta yang membara bertukar malap dengan tiba-tiba. Aleya tertanya-tanya di mana silapnya? Akan musnahkah lagu-lagu cintanya?

Ulasan...
Lain-lain dari yang lain... cam 'tengok' citer hindustan pulak! Setiap bab punya lagu 'pengiring'... lebih tepat macam cerita/filem muzikal. Masa perlancarannya dulu.. siap dapat CD 'soundtrack' khas untuk novel ni dari Iejay... hehehe!

Ceritanya biasa-biasa tapi bila disaingkan dengan alunan musiknya... ianya boleh buat aku tersenyum sambil menghayati 'Lagu Cinta' Aleya bersama Idzham dan kemudiannya Syah. Ada juga diselitkan bersama babak-babak komedi yang buat senyum aku bertambah lebar ketika membacanya... Tak sampai dua hari aku berjaya menghabiskan pembacaan novel yang setebal 604 muka surat ini.


Posted at 4:35 pm by MamaErra
Make a comment  




Thursday, April 29, 2010
183 AKU BUKAN BILLY MILLIGAN - Norhayati Berahim


"Dendam itu membuat dia sering gelisah..."

Sinopsis...

Penghinaan dan cercaan ketika kecil, membuatkan Adam percaya, harta menggunung dapat membeli maruah diri. Bila usia menginjak dewasa, tekadnya hanya satu, menjadi kaya dan dihormati seperti Warren Buffet!

Namun Adam silap percaturan. Setelah kejayaan dalam genggaman. Dia masih lagi diperlekeh dan rumah tangganya runtuh walaupun dia sudah menjadi kaya raya!

Kehadiran Laura membuka mata Adam. Laura dari mata kasar Adam, hanya biasa-biasa sahaja. Tetapi gadis itu berjiwa tegar, selamba dan tenang. Anak pembuat belacan yang sentiasa menikmati hidup seadanya. Dari Laura, Adam pelajari banyak perkara. Terutama bagaimana mahu menghargai kehidupan dan berkasih sayang!

Ulasan...
Mula-mula aku membaca novel ini, aku ingatkan Yazir itulah heronya dan dialah yang dikatakan seperti Billy Milligan... tetapi bila sampai ke watak Adam barulah aku dapat mengagak jalan ceritanya.

Laura, bila didengari pada mulanya... disangkakan anak mat salleh mana ntah... rupa-rupanya kerana ia berkaitan dengan kegemaran emaknya menonton cerita Little House on the Prairie.

Percintaan Laura dengan Yazir terputus kerana memenuhi permintaan untuk berkahwin dengan gadis pilihan ibunya. Kebijakan yang ada dan juga romantis dalam percintaan tidak cukup kuat bagi Yazir dalam mempertahankan cintanya bersama Laura.

Hasrat Laura untuk membuka syarikat hartanah sendiri tercapai dengan adanya wang pemberian ibu Yazir sebagai imbuhan agar Laura 'putus' anaknya. Dari situlah bermulanya cerita Laura dan Adam dan Teradak Alam yang menjadi penyebabnya sehinggalah ke kisah Adam pulang ke kampung Laura dan berjumpa dengan ibunya. Apakah kesudahan cerita Adam dan Laura? Kena baca novel ni baru tahu...


Posted at 11:12 am by MamaErra
Comments (3)  




Thursday, March 04, 2010
LAMA TAK KEMASKINI

Salam buat semua. Agak lama 'rumah' ini dibiarkan 'sepi'. Keadaan dan masa begitu mencemburui aku untuk mengemaskinikannya. Maaf dipohon. Semuanya itu 'kerja' DIA, tiada siapa yang dapat menghalangnya. InsyaAllah, bila segalanya telah reda, ianya akan kembali semula seperti sediakala.

Posted at 6:48 am by MamaErra
Make a comment  




Tuesday, December 15, 2009
182 CINTA KAU DAN AKU - Siti Rosmizah



Sinopsis...
"Apa, jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat kau tu jantan ke nak jadi driver", marah Mak Timah.

"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikann awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" Soal Farish Hakimi dengan wajah serius.

"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."

Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?

Ulasan...
Selepas membaca novel pertama penulis ini, maka ianya membuatkan aku teruja untuk membaca novel yang ke-2 ini dengan harapan ianya juga akan lebih menyengat dari yang pertama. Tapi setelah membacanya... ianya biasa-biasa je. Kisah yang berkisar tentang kehidupan yang dilingkungi dengan perasaam kasih sayang, hasad dengki, tamak haloba, suka, duka dan lain-lain. Memang terlayang seketika tatkala membacanya, terutamanya semasa membaca babak babak antara Farish Hakimi dan Nur Farisha Iman yang sedang dilamun cinta pandang pertama, berkasih dan sayang, kahwin dan cerai... diselit pula dengan watak Milah, Zack Kapchai, Cikgu Zulhilmi, Farah dan Suraya sebagai penambah rencah dalam jalan ceritanya... boleh la layan walaupun ianya taklah seperti yang diharapkan semasa di awal pembacaan. Moga selepas ini penulis dapat mencipta kelainan di dalam novel beliau yang akan datang.

Posted at 9:23 pm by MamaErra
Comments (30)  




Thursday, November 19, 2009
181 PELANGI - Syud, Hlovate & Noor Suraya



Sinopsis...
Tiga ceritera berwarna-warni dalam sebuah Pelangi...

Ceritera I

PELANGI � SYUD

Iman bukan pelangi awak. Iman cuma Iman.
Iman tak cantik macam pelangi...
Tapi,
Iman tetap ada kat sini walau pelangi dah pergi...

Menjadi anak yatim piatu pada usia muda bukannya bermakna Iman Aisyah tidak berani hidup sendiri apalagi berdikari. Cuma kalau tiba-tiba ada yang melamar, apa salahnya kalau dia menerima, kan?

* * * *

Ceritera II

KED'S STORY � HLOVATE

Khalid Faizal... Ked ... Hadiah ...Nawal
a lady... a romeo... a skater...
Florida-Virginia ... Malaysia-USA

Hadiah deck daripada gadis tak bernama membuat dia gelabah. Macam mana budak perempuan FELDA tu tahu tentang skate? FELDA Florida barangkali, sebab budak berbaju kurung tu kenal juga Bruce Walker!

kalau nak diikutkan logik....
cinta pandang pertama dan cinta antara benua tu...
masuk akal ke?

* * * *

Ceritera III

RUMAH KECIL DI UJUNG PADANG � NOOR SURAYA

Akukah kunang-kunang yang dilupai orang tika mentari menyingsing?

"... papamu jadi bimbang kalau sapi-sapi itu mencintai aku lebih daripada dia." Kata doktor veterinar itu sambil tersenyum.
"Semua orang bilang mas sangat pendiam."
"... tetapi tidak dengan gadis yang aku suka."

Gadis yang aku suka?

Durrah selalu melarikan diri jika hatinya tercalar. Masihkah dia perlu 'berlari' jika hatinya sudah tersangkut pada penghuni rumah kecil di hujung padang ini?


Ulasan...
Ketiga-tiga ceritera best. Walaupun pernah baca edisi e-novel tapi selalunya tak berkesempatan untuk mengikuti cerita selanjutnya. Kesibukan yang buat aku jadi gitu. Bila dapat je berita yang ianya sudah berada di pasaran, maka aku tak lepaskan peluang untuk memiliki 'Pelangi' untuk dijadikan koleksi peribadi dan dalam masa yang sama aku boleh mengetahui kesudahan jalan ceritanya. Tak sabar juga rasanya menunggu kelahiran novel baru ketiga-tiga penulis ceritera di atas...

Posted at 11:06 am by MamaErra
Make a comment  




Tuesday, November 10, 2009
180 LARA DI PINGGIR SEPI - Rohani Din



Sinopsis...
Aku sudah puas mencari bahagia... tetapi derita juga yang bertandang. Aku sudah jelak bermandikan sengsara... namun tubuhku tidak pernah kering bersimbahan air mata. Aku sentiasa diuji... aku sentiasa diduga tetapi keranaMu ya Allah, aku tidak pernah putus asa walaupun aku semakin lelah dan lesu dipanjat usia.

Fitnah dan kata nista sudah puas kutelah... tidak mampu lagi untuk aku tangkis... aku hanya berpegang pada janjiMu, ya Allah... semoga derita ini akan digantikan dengan kebahagiaan di akhir usiaku... semoga digantikan dengan kemanisan hidup berumah tangga sehingga ke syurga dan kebahagiaan anak menantu dan cucu-cucu sehingga ke akhir nafas mereka.

Aku hidup demiMu ya Rabbi... namun mereka semua adalah nadi dan nafasku... membuatkan aku mampu bertahan sehingga ke detik ini. Ya Allah ampunkan aku andai aku terlalu meminta tetapi hanya ini yang aku dambakan... bukan harta dan kemewahan... cukupkah dengan ketenangan dan kebahagiaan agar jiwaku aman dan tenteram dalam melaksanakan janji-janjiku terhadapMu... dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Islam yang sejati.

Ulasan...
Kalau sesiapa pernah baca novel Diari Bonda sampai siri yang ke-4, adalah lebih mudah untuk anda memahami kebanyakkan watak-watak dan juga jalan cerita di dalam novel ini kerana penulis ada menyelitkan beberapa cerita yang berlaku sebelumnya. Jalan ceritanya agak berat dan perlukan masa yang agak panjang untuk menghabiskan pembacaanku. Namun begitu, aku kagum dengan Kak Anie ni... dia betul-betul seorang perempuan yang kuat dan tabah dalam mengharungi liku-liku hidupnya. Namun begitu, sampai bila dia boleh bertahan? Pada penghujung ceritanya, aku lihat... ketabahan dan semangat Kak Anie semakin berkurangan... Mengapa? Apakah kerana dia sudah lelah dengan sikap-sikap orang-orang yang rapat dengannya terutama suami sendiri? Hanya Kak Anie saja yang ada jawapan untuk persoalan tersebut.

Posted at 6:13 pm by MamaErra
Comments (2)  




Monday, November 02, 2009
179 PERANG KUCING - Bahruddin Bekri



Sinopsis...
"Pemusnah Dunia sudah bangkit," kata Jonoh perlahan.

"Sudah bangkit? Tetapi mengapa saya tidak dapat merasai kewujudannya? Mungkinkah ini ada kaitan dengan Kitab Pasir Putih itu?" soal Faris.

"Maksud kamu, pemusnah dunia yang muncul ini adalah Pemusnah Dunia ciptaan?" soal Jonoh kembali.

"Ya. Itu yang saya maksudkan. Apa kita perlu buat?" tanya Faris.

"Kita musnahkan pemusnah dunia itu sebelum dia memusnahkan kita," tegas Jonoh.

Dapatkah pemusnah dunia ditewaskan? Dapatkah dunia yang terancam, aman kembali?"


Ulasan...
Sekali sekala baca novel sains fiksyen ni best gak... Bacaan ringan dan santai yang dikarang khusus untuk kelompok remaja ini boleh juga dibaca untuk merehatkan minda. Tak perlu beratkan otak memikirkan perkara yang macam tak logik berlaku dalam perjalanan cerita novel ni, just layan jer.

Cerita berkenaan puak-puak kucing yang hampir musnah akibat peperangan  yang berlaku ribuan tahun yang lampau. Generasi-generasi yang tinggal dari puak-puak kucing yang berkenaan bangkit kembali untuk mencari dan membantu Pemusnah Dunia dan juga Penyelamat Dunia melaksanakan tugas-tugas mereka berpandukan Kitab Pasir Putih dan Kitab Pasir Hitam. Berjayakah mereka? Apakah akan berlaku sekali lagi peperangan di antara puak-puak kucing ini? Seronok juga layan cerita ni...

Actually, aku beli novel ni untuk Ayee... lepas dia baca, he recomended me to read it. Biasalah dia... nanti kalo dia nak comment apa-apa, mesti dia libatkan aku sekali... hehehe!

Posted at 4:24 pm by MamaErra
Make a comment  




Next Page



MamaErra
September 22nd


Tujuan aku mengadakan blog ini adalah untuk kepuasan diri aku sendiri di dalam mengabadikan minatku kepada sesuatu yang boleh dijadikan sebagai kenangan dan secara tidak lansung ianya juga boleh aku kongsi bersama sesiapa di luar sana yang punya minat sealiran denganku. Apa yang aku tulis di sini hanya pendapat peribadiku semata-mata dan tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak.




Dira Djulaiha's  book recommendations, reviews, favorite quotes, book clubs, book trivia, book lists

Tinggalkanlah Jejakmu Di Sini....



   





<< September 2016 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30


AKU BACA...
Dari Jiwa Rasa
Dina Zaman
Nisah Haron
Ulas Buku
Norra Hassan
Ayu Emelda
Saleha Ahmad
Antu Buku
Novel Cinta Melayu
Novel Melayu
Koleksi Buku Ainil
Bicara Buku
Kaki Buku
Wira Bukit

MASIH SEGAR DIINGATANKU:

A. SAMAD SAID
[Adik Datang] [Hujan Pagi] [Salina] [Sungai Mengalir Lesu] [Di Simpang Jalan] [Di Hadapan Pulau] [Wira Bukit] [Al-Amin] [Langit Petang] [Cinta Fansuri] [Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri] [Daerah Zeni] [Lantai T Pinkie] [Benih Harapan] [Benih Semalu] [Daun Semalu Pucuk Paku] [Warkah Eropah]

ABDUL RAHIM AWANG
[Pulang] [Konspirasi] [Jejak-Jejak Songsang] [Realiti] [Komp. Generasi Yang Hilang] [Mama] [Boneka] [Saka]

ABDUL TALIB HASSAN
[Diari Hati] [Khailee] [Cinta Semalam] [Airani] [Primadona] [Warisan]

AHADIAT AKASHAH
[Budak Setan 1, 2 & 3] [Lagenda Budak Setan] [Hikayat Cinderella] [Katerina] [Nyanyian Ombak Di Hati]

AIDA ADRIANI
[Lafazkan Cintamu]

AIDIL KHALID
[Bila Nysrah Kata Tak Mahu]

AINA EMIR
[Sesuci Cinta] [Seharum Kasih] [Kau Laksana Bulan] [Bunga-Bunga Kemboja]

AINON ZAINI
[Kembara Rindu di Sakura]

AISYA SOFEA
[Selagi Ada Dia] [Gelora Jiwa] [Jauh] [Jendela Hati] [Kau Untukku] [Sehangat Asmara] [Buatmu Kekasih]

ALEYA ANEESA
[Semusim Rindu] [Kasih Antara Kita] [Janjiku Bersamamu]

AMARUSZATI NOOR RAHIM
[Bila Sena Kembali Berbunga 1 & 2]

AMIR HUSAINI
[Ombak Senja]

ANIS AYUNI
[Gemersik Kalbu] [Manisnya Cinta] [Suara Hati] [Kau Kekasihku] [Seribu Kali Sayang]

ANTASYA BALKIS
[Bila Hati Berbicara]

ANWAR RAZALI
[Asmara Seribu Cinta]

ATHIRAH NATASHA
[Gerimis Kasih]

BAHRUDDIN BEKRI
[Detektif Bertudung Hitam] [Doa Untuk Aku] [Dunia Aku Sederhana Kecil] [Puisi Untuk Nadina] [Perang Kucing]

BIKASH NUR IDRIS
[Sambutlah Cintaku]

DAMYA HANNA
[Bicara Hati] [Sepi Tanpa Cinta]

DINA NAJAT
[Seteguh Kasih Aina Najihah] [Cinta Lukisan Jiwa] [Takdir Cinta]

DR AZIZAH JOHAR
[Kasih Tak Bermusim] [Luka-Luka Semalam] [Ragam Sejeping Hati]

DR HM TUAH
[Original] [Inikah Cinta]

EBRIZA AMINNUDIN
[Dambaan Pilu] [Apa Kata Hati] [Aku Cinta Kamu]

EITA ASHYTA
[Kasih Seharum Lavender]

ELIAS HJ. IDRIS
[Bunga Bukan Semusim] [Kehilangan] [Pilihan Kedua] [Anak Perempuan Kabaret]

FATINILAM SARI AHMAD
[Kaulah Satu][Perempuan Tanpa Dosa] [Kesturi] [Cenderawasih] [Megalomania 1 & 2] [Jangan Tinggal Daku] [Antara Dua Hati] [Saat Hilang Cintamu]

FAUZIAH ASHARI
[Duri] [Ombak Rindu] [Segalanya Cinta...] [Pergilah Sepi] [Setia Menanti] [Rindu Cintaku]

HABIBURRAHMAN EL SHIRAZY
[Ayat-Ayat Cinta]

HALINA KAMARUDIN
[Sentuhan Kasih]

HANI SOFEA
[Gerhana Hati Lara]

HASREEYATI RAMLI
[Demi Cinta Ini]

HLOVATE
[Tunas] [Aa+Bb] [5 Tahun 5 Bulan] [Schubert's Serenade (Gurindam Jiwa)]

IEJAY ZAKARIA
[Lagu Cinta]

IMAEN
[Vendetta (Gurindam Jiwa)] [Labyrinth] [Bohemian]

IZZA ARIPIN
[...Dan Mimpi Pun Bersatu] [Kerana Dia Cinta]

IZZUL IZZATI
[Bukan Cinta Biasa] [Ku Seru Kasihmu]

JAMILAH AHMAD
[Kau Tetap Di Hatiku]

JESSY MOJURU
[Tenda Biru] [Hanya Kau Segalanya]

JOHN NORAFIZAN
[Garis-Garis DeJavu] [Cinderella Cinta] [Tunjukkan Aku Satu Bintang] [Sempadan Tanpa Seri]

KAMSIAH ABU
[Terpenjara Di Kamar Sutera] [Menggamit Syurga Firdaus]

KHADIJAH HASHIM
[Laila Azwa Gadisku] [Cinta Kedua] [Senator Adila] [Mira Edora] [Badai Semalam] [Jalan ke Kubur] [Pelangi Pagi] [Merpati Putih Terbang Lagi] [Belum Masanya] [Di Tengah Kubu]

KHAIRYN OTHMAN
[Zahrah de Tigris]

LAMIA AIMAL
[Tiga Wajah]

LIANA AFIERA MALIK
[Bukan Puteri Lindungan Bulan] [Dan Mimpi Pun Berguguran] [Dia Di Hatiku] [Janji Assila]

LILY HASLINA NASIR
[Aku Ada Kamu] [Epilog Cinta] [Moga Kau Mengerti]

LIZA ZAHIRA
[Cinta Rahsia]

MANJLARA
[Persis Sebutir Pasir]

MAIZURA MOHD EDERIS
[Kiranya Kau Berbohong]

MA LEE CHUSWAN
[Selamat Tinggal Sayang]

MANAF HAMZAH
[Dedaun Hijau di Angin Lalu]

MIMIE AFINIE
[Bisikan Rindu] [Masih Ada Rindu]

MIOR SHARIMAN HASSAN
[Cincin Permata Biru]

MINA MAHANIE
[Seindah Gubahan Kasih]

NAJWA AIMAN @ AIMY NAJWA
[Untuk Kau Dan Aku] [Bahang Selatan]

NASS ALINA NOAH
[Selamat Pengantin Baru Isteriku]

NAZAWATI ABD MANAF
[Kembalikan Kasihku]

NAZURAH AISHAH
[Lili Buat Najah]

NIA AZALEA
[Hati Yang Terusik] [Kau Yang Satu] [Seredup Kasihmu]

NEKMAH MIRDI
[Seadanya Sayang]

NORA ISMAIL
[Serasi Di Hati]

NORHAYATI BERAHIM
[Setiap Jumaat] [Chinta] [Kembalikan Cintaku] [Harum Chempaka] [Sakitnya Sayang] [...Tidak Aku Bersuara...] [Murni Kasih] [Kasih Yang Tercalar] [Biarkan Aku Menangis] [Tiada Batasan Sayang] [Andai Semalam Ku Miliki] [Dia Lebih Mengerti] [Cinta Jangan Kau Pergi] [Egois] [Emosi] [Hati Seorang Wanita] [Inferior] [Noktah] [Sayang Tak Terucap] [Seindah Derita] [Air Mata Kasih] [Dendam Yang Terlerai] [Cinta Pertama] [Hanya Kerana Cinta] [Hati Yang Luka] [Jalinan Memori] [Nota Cinta Buat Mu] [Pesanan Terakhir Seorang Lelaki] [Rindu] [Bunga Kasih] [Setulus Cinta] [Sentuhan Kasih] [Terima Kasih Kekasih] [Untukmu Segalanya] [Aku Bukan Billy Milligan]

NORHAZRIANA ABDULLAH
[Hadirnya Cinta]

NORISAH A.BAKAR
[Rinduku di Angin Lalu] [Hati Seorang Wanita]

NOOR SURAYA
[Panggil Aku Dahlia] [Kebun Mimpi...] [Hati Andriyana (Gurindam Jiwa)] [Surat Ungu Untuk Nuha] [Nyanyian Tanjung Sepi] [Rindunya Kian Membara] [Biru Ungu Cinta] [Tanah Andriyana] [Keranamu Ain]

NOR RAFISHAH MD. HASSAN
[Aku Yang Ditinggalkan]

NORZAILINA NORDIN
[Arjuna Hati] [Arca Kasih] [Gemersik Rindu] [Sewangi Kasih-Konflik Terakhir]

NURUL SYAHIDA
[Plain Jane]

OSHUN MUHAMMAD @ E.M MUHAMMAD
[Ninja Kunaharo: Misteri Wira Malam] [Ninja Kunaharo: Misteri Kelubung Putih] [Ninja Kunaharo: Misteri Bomoh Ajaib] [Ajak Kadir Mencari Buku Sakti Kasyorga]

PINGU TOHA
[L.U.V.E]

PITTERIAH ABDULLAH
[Hadirnya Cinta]

PUTERI ANDALAS
[Tanpamu Di Sisi]

RABIATUL ADAWIYAH
[Air Mata Cinta]

RAFIZAH NORDIN
[Cupid Love] [Hari Yang Terluka]

RAMLAH RASHID
[Kabus Senja]

RAMLEE AWANG MURSHID
[Tombiruo] [Semangat Hutan] [Tombiruo Terakhir] [Rahsia Perindu] [Hatiku di Harajuku] [Bagaikan Puteri] [Cinta Sang Ratu] [Ungu Karmila] [Hijab Sang Pencinta] [Personal Justice (ADAM)] [Mikhail]

ROHANI DIN
[Diari Bonda 1, 2, 3 & 4] [Lara Di Pinggir Sepi]

ROZITA ABD WAHAB
[Setelah Kau Pergi] [Permata Asmara] [Kasih Bersemi]

RUBY HAZRI
[Percayalah...] [Kopi Susu Sepatu Biru]

RUHANA MD ZAKI
[Alunan Rindu]

RYNSA
[Kebun Mimpi - Albatros: Antara Langin & Bumi] [Relevankah Aku Di Hatimu?]

SABARIAH ARAUR
[Lelaki Terakhir] [Jalur-Jalur Jingga] [Buat Yang Terakhir...] [Inang Sari]

SAMSIAH MOHD NOR
[Bulan Berbisik] [Sejernih Lazuardi] [Anom Suraya] [Cinta Jati Klasik] [Tangisan Bulan Madu 1, 2, 3 & 4] [Anggerik Kota] [Sebening Langit Senja]

SALINA IBRAHIM
[Kombinasi Bunga Cinta] [Syurga di Hati] [Mahligai]

SARNIA YAHYA
[Secantik Anugerah]

SHAHNON AHMAD
[Ranjau Sepanjang Jalan]

SHANIKA LATISHA
[Kasihku Abadi]

SHARIFAH ABU SALEM
[Gerimis Di Hati] [Tak Seindah Mimpi] [Tak Semanis Mimpi] [Tiada Lagi Mimpi] [Pesona Rindu] [Biar Rindu Berlalu]

SITI HASNEZA ABDUL HAMID
[Cemburu Seorang Perempuan] [Angin Dingin Dari Utara] [Setulus Setia Seindah Nama] [Sonata Kasihku]

SITI ROHAYAH ATAN
[Trilogi Wajah Wanita] [Menggapai Pelangi]

SITI ROSMIZAH
[Andai Itu Takdirnya] [Cinta Kau dan Aku]

SITI ROZILAH @ ZETTY ZAHIRA
[Intan Delila] [Antara Dua Persimpangan] [Arca Di Cermin] [Biarkan Aku Sendiri] [Titipkan Aku Bahagia] [...Hulurkanlah Kasihmu] [Setulus Hati Ika] [Rindu Yusuf Cinta Zulaika]

SITI ZABEHA IBRAHIM
[Yang Teristimewa]

SRI DIAH
[KL Di Mana Suamiku] [Jangan Ada Dusta] [Janji Kasih]

SYAMIMI AMINOLAH
[Air Mata Kasih] [Dalam Dakapan Kasihmu] [Andai Ku Miliki Semalam] [Ada Rindu Di Wajahmu...]

SYUD
[Kebun Mimpi - Tas Merah Jambu] [Tentang... Dhiya]

ZAHARAH MUHAMMAD
[Hatiku Milikmu]

ZURAIDAH OTHMAN
[Komp. Ada Cinta di Matanya]

ZAID AKHTAR
[Salju Sakinah]

ZARA ALUWI
[Belahan Jiwa]

ZULIANA ABUAS
[Viva Sakura]






Click here to e-mail me on any query! Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed